Ahli ekonomi Yeah Kim Leng merujuk ketiadaan kerangka jelas dasar serta kegagalan projek perintis pada 2017.Ahli ekonomi Yeah Kim Leng merujuk ketiadaan kerangka jelas dasar serta kegagalan projek perintis pada 2017.

Isu undang-undang, tentangan orang tempatan kekang cadangan ambil pelarian bekerja

2026/06/21 09:00
Okuma süresi: 3 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
immigration raidMenteri Steven Sim ada mencadangkan kerajaan pertimbang membenarkan pelarian menyertai pasaran buruh secara sah di bawah syarat tertentu.

PETALING JAYA: Kurangnya akses undang-undang terhadap pekerjaan formal disusuli kemungkinan penentangan daripada syarikat perekrutan mampu menjejaskan cadangan menggaji pelarian, berbanding membawa masuk lebih ramai pekerja asing, kata seorang ahli ekonomi.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, berkata tindakan Malaysia yang tidak mengiktiraf Konvensyen Pelarian PBB 1951 menyebabkan pelarian tidak mempunyai pengiktirafan rasmi undang-undang, sekali gus menjadikan mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (Pati) di bawah undang-undang tempatan.

Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) walaupun menawarkan perlindungan de facto terhad, tidak memberikan hak berkanun untuk bekerja kepada pemegangnya, lalu mewujudkan kekaburan undang-undang yang mendedahkan kedua-dua pihak—iaitu pelarian dan majikan—kepada eksploitasi, serbuan, serta pendakwaan.

“Proses pendaftaran panjang UNHCR, ditambah pula akses tidak cukup kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, terus menjejaskan kesediaan golongan pelarian ini untuk pekerjaan formal.

Yeah Kim LengYeah Kim Leng.

“Dari segi operasi, ketiadaan kerangka jelas dasar yang diburukkan lagi dengan kegagalan projek perintis pada 2017 akibat pemadanan pekerjaan yang lemah menjejaskan keyakinan terhadap pelaksanaan (dasar) tersebut,” katanya kepada FMT.

Yeah merujuk kepada projek perintis kerajaan pada 2017 bertujuan membenarkan pemegang kad UNHCR bekerja dalam sektor perladangan dan pembuatan. Bekas menteri sumber manusia, M Kulasegaran sebelum ini menyatakan perkara tersebut berlaku kerana kerajaan tidak membantu golongan pelarian menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan.

Yeah dan aktivis hak pekerja, Adrian Pereira daripada North-South Initiative, berkata tindakan membenarkan pelarian bekerja di Malaysia mungkin tidak disenangi agensi pekerjaan yang mengaut keuntungan hasil pembekalan pekerja asing.

Adrian PereiraAdrian Pereira.

“Secara amnya, majikan dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia menyokong idea menyediakan saluran undang-undang bagi membolehkan golongan pelarian bekerja. Dan itu menjadi satu petanda baik,” kata Pereira kepada FMT.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim cadang kerajaan mempertimbang untuk membenarkan pelarian yang layak menyertai pasaran buruh di bawah syarat tertentu, khususnya dalam industri yang terus berdepan dengan masalah kekurangan tenaga.

Sim berkata, banyak sektor ‘3D’ – kotor, bahaya, dan sukar – cukup bergantung kepada pekerja asing, dan Putrajaya boleh mempertimbang untuk membenarkan pelarian lama menetap di Malaysia bekerja secara sah dalam sektor berkenaan.

Jimat kos rekrut pelarian

Bekas Ahli Parlimen Klang yang juga Pengerusi Bersama Ahli Parlimen Asean bagi Hak Asasi Manusia, Charles Santiago, berkata pengambilan pelarian sebagai pekerja lebih menjimatkan, memandangkan majikan tidak perlu membelanjakan puluhan ribu ringgit membawa masuk pekerja dari luar negara.

charles santiagoCharles Santiago.

“Mereka hanya perlu membayar untuk peningkatan kapasiti, latihan, dan penginapan bagi golongan pelarian,” kata Santiago kepada FMT.

Pereira bersetuju, namun menegaskan hak bekerja bagi golongan pelarian perlu disekalikan dengan perlindungan daripada buruh paksa, perlindungan sosial, waktu bekerja munasabah, serta pematuhan piawaian gaji minimum.

Beliau juga mengambil maklum sesetengah pelarian mempunyai latar belakang profesional dengan badan pensijilan atau pengawal selia bagi bidang perdagangan tertentu boleh membuka peluang serta saluran untuk mereka mencari rezeki.

“Kita kena pastikan mereka juga mempunyai peluang bukan sekadar untuk kekal sebagai pekerja berpendapatan rendah, malah diberi pampasan atau gaji dalam pekerjaan bersesuaian kelayakan,” katanya.

Jalan tengah

Yeah berkata, cadangan Sim untuk memberikan hak pekerjaan kepada komuniti pelarian menawarkan ‘jalan tengah’ yang dapat menangani situasi pelarian tanpa menjejaskan pencari kerja tempatan, memandangkan golongan pelarian ini secara cekap akan menggantikan pekerja asing yang diimport, dan bukannya bersaing peranan yang lazimnya diisi penduduk tempatan.

Namun, beliau menekankan dasar sedemikian secara tidak langsung boleh menarik lebih ramai individu yang tersisih dari negara lain, sama ada untuk mencari perlindungan di Malaysia atau menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum ke negara lebih maju.

“Bagi mengurangkan risiko ini, pemantauan lebih ketat dan penguatkuasaan peraturan pelarian yang teguh menjadi sangat penting,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order