Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata ia juga bertujuan menyediakan bakat diperlukan bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata ia juga bertujuan menyediakan bakat diperlukan bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Skills4Johor terima RM20 juta bantu tingkat kemahiran tenaga kerja

2026/06/20 20:28
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Menteri Sumber Manusia R Ramanan Gambar Kementerian Sumber Manusia 20626Menteri Sumber Manusia R Ramanan beramah mesra dengan golongan belia ketika menghadiri Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Kempas hari ini. (Gambar Kementerian Sumber Manusia)

PETALING JAYA: Inisiatif Skills4Johor menerima peruntukan RM20 juta bagi membantu meningkatkan kemahiran dan pembangunan tenaga kerja sekali gus membolehkan rakyat dapat merebut peluang ekonomi yang tersedia.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata peruntukan menerusi HRD Corp itu turut bertujuan menyediakan bakat diperlukan bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Di Johor, komitmen ini diperkukuh menerusi inisiatif Skills4Johor dengan peruntukan RM20 juta daripada HRD Corp yang dilancarkan bersama Unit Modal Insan Strategik Johor pada 2025.

“Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan bakat yang diperlukan untuk menyokong pembangunan JS-SEZ,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Kempas hari ini.

Selain itu, beliau berkata pada tahun lalu sahaja, sebanyak 13,425 majikan di negeri itu berdaftar dalam ekosistem HRD Corp, dengan 479,905 pekerja menerima manfaat secara langsung daripada program latihan dan pembangunan tenaga kerja.

Katanya, RM208.21 juta levi turut berjaya dikutip tahun lalu, manakala RM183.96 juta disalurkan semula kepada majikan bagi tujuan latihan.

“Selain itu, RM191.5 juta bantuan kewangan telah disalurkan dan seramai 232,072 rakyat Johor telah menerima latihan.

“Namun bagi saya, kejayaan sebenar bukan jumlah wang yang dibelanjakan, tetapi manfaat jangka panjang yang diterima rakyat Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan berkata kementeriannya juga memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja gig menerusi pelbagai program peningkatan kemahiran.

“Antaranya Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai RM710 juta serta program AI MyMahir yang menawarkan latihan kecerdasan buatan (AI) percuma kepada 22,000 rakyat Malaysia,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order