Wakil UNHCR di Malaysia Louise Aubin menegaskan syarat ketat dikenakan dalam menentukan status pelarian termasuk Rohingya.Wakil UNHCR di Malaysia Louise Aubin menegaskan syarat ketat dikenakan dalam menentukan status pelarian termasuk Rohingya.

UNHCR kata pelarian tak kebal undang-undang

2026/06/20 14:29
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
rohingya refugeeWakil UNHCR di Malaysia, Louise Aubin menyifatkan hubungan Malaysia dengan pelarian ‘hampir seperti satu kontrak’ dengan pelarian mesti menghormati undang-undang.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menegaskan pelarian di negara ini tidak kebal daripada undang-undang negara ini, sambil menyeru Malaysia mengiktiraf keperluan melindungi mereka.

Wakil UNHCR di Malaysia, Louise Aubin, berkata sikap saling menghormati perlu wujud antara negara tuan rumah dan pelarian.

“Ia hampir seperti satu kontrak antara negara tuan rumah dan pelarian. Pelarian mesti menghormati undang-undang,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kuala Lumpur: Solidariti bersama-sama Pelarian bersempena dengan Hari Pelarian Sedunia di Kuala Lumpur.

Persidangan itu dianjurkan Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dengan kerjasama Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

Menyentuh kebimbangan orang ramai terhadap pelarian, terutamanya komuniti Rohingya, Aubin menegaskan UNHCR mengenakan syarat ketat dalam menentukan status pelarian dan tidak semua yang datang ke Malaysia layak sebagai pelarian.

Beliau berkata, UNHCR menjalankan temu bual yang terperinci dan melakukan proses semak silang maklumat sebelum mengiktiraf seseorang individu sebagai pelarian.

“UNHCR boleh melakukan semak silang maklumat dengan pejabat-pejabatnya di seluruh dunia untuk mengesahkan sama ada seseorang berkata benar tentang diri mereka dan apa yang menyebabkan mereka lari,” katanya.

Aubin juga menyambut baik usaha Malaysia mewujudkan sistem pengurusan pelarian lebih berstruktur melalui pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian yang turut memperkukuh keselamatan negara melalui pengumpulan identiti dan biometrik yang disahkan.

Beliau berkata, usaha seperti itu akan membantu memastikan pelarian tidak terus kehilangan tempat tinggal dan akhirnya boleh pulang ke tanah air apabila keadaan mengizinkan.

“Saya rasa itu memerlukan keutamaan dan sokongan penuh kita kerana sistem itu bukan sahaja akan melindungi pelarian dengan betul, tetapi akan memastikan pelarian menemui penyelesaian,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002934
$0.00002934$0.00002934
+1.20%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel