Muda mengumumkan Rashifa Aljuneid akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa pada PRN Johor 11 Julai nanti.Muda mengumumkan Rashifa Aljuneid akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa pada PRN Johor 11 Julai nanti.

Presiden Muda tak pertahan DUN Puteri Wangsa

2026/06/20 13:39
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Muda-Amira Aisya Abdul AzizMuda berkata Presidennya Amira Aisya Abd Aziz yang menang DUN Puteri Wangsa pada PRN Johor 2022 akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU16.

PETALING JAYA: Muda mengumumkan Rashifa Aljuneid akan bertanding di DUN Puteri Wangsa pada PRN Johor bulan depan, menggantikan penyandang yang juga Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz.

Parti itu berkata, Amira akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU16.

“Keputusan ini dibuat bagi memperkukuhkan perjuangan rakyat di peringkat nasional dan memastikan suara generasi muda, pekerja serta rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup terus dibawa ke Parlimen,” kata Muda dalam kenyataan.

Pada PRN Johor 2022, DUN Puteri Wangsa dimenangi Amira dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.

Muda berkata, DUN Puteri Wangsa mempunyai tempat istimewa dalam sejarahnya kerana ia merupakan kemenangan pilihan raya pertama buat parti itu.

Jelasnya, Rashifa tidak asing bagi penduduk Puteri Wangsa kerana selaku ketua pegawai Pejabat Presiden Muda dan anggota utama Pusat Khidmat Puteri Wangsa, beliau memainkan peranan penting di sebalik pelbagai program, inisiatif dan gerak kerja dilaksanakan di DUN itu.

Rashifa Aljuneid.Rashifa Aljuneid.

“Banyak usaha yang telah memberi manfaat kepada rakyat Puteri Wangsa tidak akan dapat dilaksanakan tanpa komitmen, penyelarasan dan kerja keras Rashifa bersama pasukan pusat khidmat.

“Justeru, pencalonan Rashifa merupakan kesinambungan kepada kerja yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu dan memastikan suara rakyat Puteri Wangsa terus diangkat serta diperjuangkan.”

Muda yakin pengalaman, keupayaan dan komitmen Rashifa mampu terus memikul amanah itu untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat serta membawa suara DUN Puteri Wangsa ke peringkat lebih tinggi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel