Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Cyberjaya Azaharuddin Mohd Ali antara tiga mangsa maut dalam nahas semalam.Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Cyberjaya Azaharuddin Mohd Ali antara tiga mangsa maut dalam nahas semalam.

Pegawai kanan LHDN, doktor antara 3 maut nahas di Pekan

2026/06/20 09:01
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
kemalangan pekanKeadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di KM67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Chini, Pekan, semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), doktor dan anaknya berusia dua tahun maut dalam kemalangan tiga kenderaan di KM67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Chini, Pekan.

Mangsa korban dalam nahas kira-kira 6 petang semalam ialah pegawai perubatan Hospital Segamat di Johor, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia dan Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Ketua Polis Pekan, Zaidi Mat Zin, berkata tiga penumpang kereta, dua penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pemandu pikap turut cedera dalam nahas itu.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku selepas pikap yang dipandu seorang lelaki 31 tahun cuba memotong sebuah lori.

Tetapi, beliau berkata, pikap itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan, sebelum bertembung dengan kereta dipandu doktor terbabit dan MPV dipandu Azaharuddin yang dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan MPV meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Zaidi berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun pula disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Chini.

Jelasnya, tiga penumpang kereta yang cedera ialah isteri Zekry yang juga pegawai perubatan di Hospital Segamat, Dr Hana Ibrahim, 35, bapa serta ibunya berusia 72 dan 80 tahun.

Katanya, turut cedera ialah penumpang MPV yang juga isteri Azaharuddin, Fatimah Awing Kechik, 46, dan anaknya berusia 15 tahun, Aiman Faez Al-Amini.

Menurutnya, semua mangsa cedera sedang dirawat di Hospital Pekan, manakala jenazah mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Piyasa Fırsatı
ALI Logosu
ALI Fiyatı(ALI)
$0.001357
$0.001357$0.001357
+1.95%
USD
ALI (ALI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel