Pengerusi PH Johor, Dr Zaliha Mustafa, kata PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti.Pengerusi PH Johor, Dr Zaliha Mustafa, kata PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti.

Onn Hafiz tak perlu bimbang calon MB PH, kata Zaliha

2026/06/19 23:52
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
PH tidak ghairah menjadi isu jawatan sebagai modal kempen, kata Pengerusi PH Johor, Dr Zaliha Mustafa.

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi, tidak perlu bimbang tentang soal calon menteri besar Pakatan Harapan, kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor menjelang PRK yang semakin dekat.

Dr Zaliha Mustafa berkata PH menghormati sepenuhnya Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan kuasa Sultan Johor dalam melantik menteri besar, maka tidak ghairah menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen.

Zaliha menarik perhatian kepada PRN Johor 2022, apabila BN menamakan Hasni Mohammad sebagai ‘poster boy’ gabungan itu tetapi Onn Hafiz yang akhirnya dilantik.

“PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah tersebut sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,” menurut kenyataan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan BN Johor mempersoalkan siapa calon menteri besar yang akan ditampilkan PH sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas PRN Johor.

Onn Hafiz dilapor berkata PH sehingga kini belum mengumumkan calon menteri besar, dan rakyat berhak mengetahui siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri.

Zaliha bagaimanapun menarik perhatian kepada laporan bahawa Onn Hafiz menyatakan ‘poster boy’ bukan jaminan untuk dilantik sebagai menteri besar.

“Jika pelantikan menteri besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau?” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Onn Hafiz berkata perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail amat penting dalam menentukan siapa bakal menerajui kerajaan negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, Barisan Nasional menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional tiga, manakala Muda satu.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002939
$0.00002939$0.00002939
+1.37%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel