Jabatan itu memberi kerjasama penuh kepada polis selain menyediakan sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan.Jabatan itu memberi kerjasama penuh kepada polis selain menyediakan sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan.

Pelajar maut jatuh bangunan, JPNS mula siasatan dalaman

2026/06/19 19:28
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
mayatMangsa yang berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan. (Gambar Pixabay)

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh tragedi seorang pelajar perempuan yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah, hari ini.

Jabatan itu berkata kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis dan pihaknya memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan berkenaan.

“Jabatan juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, fokus utama jabatan ketika ini adalah untuk memastikan kebajikan dan bantuan terbaik disalurkan segera kepada keluarga terbabit.

“Sokongan psikososial turut disediakan kepada seluruh warga sekolah yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya.

Dalam kejadian 10.48 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan.

Punca sebenar insiden masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat, dan polis mengenal pasti beberapa individu yang dapat membantu siasatan.

“Polis sedang meneruskan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi-saksi serta laporan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh,” menurut kenyataan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Seremban, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan yang boleh mengganggu siasatan.

Piyasa Fırsatı
Star Atlas DAO Logosu
Star Atlas DAO Fiyatı(POLIS)
$0.00997
$0.00997$0.00997
+0.80%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel