Menteri kesihatan berkata KKM usaha selesaikan beberapa kekangan dalam latihan kepakaran, termasuk halangan birokrasi.Menteri kesihatan berkata KKM usaha selesaikan beberapa kekangan dalam latihan kepakaran, termasuk halangan birokrasi.

Penambahan doktor pakar mesti dibuat berfasa ikut keperluan, kata Dzulkefly

2026/06/19 19:08
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Haji Dr. Dzulkefly bin AhmadMenteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata penambahan kakitangan kesihatan perlu bergerak selari dengan peningkatan atau penambahan kemudahan infrastruktur kesihatan di negara ini.

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengakui negara masih berdepan kekurangan doktor pakar dan petugas kesihatan, tetapi menegaskan sebarang penambahan mesti dibuat secara berfasa dan berterusan mengikut keperluan.

Beliau berkata penambahan kakitangan dan pegawai kesihatan perlu bergerak selari dengan peningkatan atau penambahan kemudahan infrastruktur kesihatan di negara ini.

“Penambahan pakar mesti dibuat berfasa dan berterusan, mengikut keperluan dan kepentingan semasa. Sudah tentu kita ada perancangan nak bina hospital dan fasiliti kesihatan untuk beberapa tahun akan datang.

“Jadi kita kena selaraskan dengan keperluan fasiliti-fasiliti ini. Dari segi sumber tenaga kerja memang ada untuk mengisi kekurangan yang ada,” katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Majlis Menandatangani MoU Pembinaan Klinik Kesihatan Bakun-Murun.

Beliau mengulas dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung hospital awam tertekan sehingga ke tahap maksimum berpunca daripada kekurangan sumber tenaga kerja, bukannya akibat lambakan pesakit warga asing.

Presidennya, Dr R Thirunavukarasu berkata, isu lebih mendalam adalah kegagalan sistemik ekoran hospital awam kini beroperasi pada kapasiti penuh dengan kekurangan hampir 11,000 pakar perubatan serta kadar kekosongan jururawat sekitar 18%.

Mengenai masalah kekurangan doktor pakar, Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) kini di peringkat akhir untuk menyelesaikan beberapa kekangan dalam latihan kepakaran, termasuk halangan birokrasi yang dikatakan melambatkan usaha itu.

Katanya, KKM juga melaksanakan beberapa penyesuaian sementara termasuk mengiktiraf tempoh pengalaman kerja diselia (SWE) sebagai sebahagian daripada tempoh latihan yang diperlukan bagi doktor yang mengikuti subkepakaran.

“Persepsinya dahulu (kelewatan) adalah kerana mereka dalam laporan nilai prestasi tahunan, sekarang ini mereka yang sudah menjadi pakar tetapi menjalani SWE selama enam bulan.

“Tetapi kali ini, kita sudah mengambilnya (tempoh SWE) sebagai sebahagian daripada tempoh untuk mereka mendapatkan subkepakaran,” katanya.

Beliau berkata, KKM menyedari masih terdapat beberapa kekangan lain dengan semua isu yang timbul sedang ditangani dan akan mendedahkan penyelesaiannya.

Beliau juga berkata KKM sudah mempunyai perancangan dan akan diselaraskan dengan keperluan fasiliti kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM mengaktifkan sistem pengurusan krisis kluster bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.

Katanya, pendekatan itu membabitkan kerjasama antara hospital dalam kluster serta klinik kesihatan, termasuk penyusunan semula dan pergerakan petugas kesihatan mengikut keperluan.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.0000293
$0.0000293$0.0000293
+0.10%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order