Hakim berkata kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu memerlukan bantuan sepanjang hayat akibat kecederaan parah dialaminya.Hakim berkata kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu memerlukan bantuan sepanjang hayat akibat kecederaan parah dialaminya.

Mangsa tunggal terselamat nahas maut berhak terima pampasan penuh

2026/06/19 17:10
Okuma süresi: 3 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Court of Appeal Mahkamah rayuanMahkamah Rayuan berkata kanak-kanak yang cedera itu berhak menerima pampasan penuh kerana dia hanya penumpang yang tidak bersalah.

PUTRAJAYA: Kanak-kanak perempuan yang menjadi satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas maut pada 2017 berhak menerima pampasan penuh, walaupun bapanya didapati paling banyak bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu.

Kejadian pada 2017 itu meragut nyawa ibu bapa serta tiga adik-beradiknya.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan akhir pemandu bas, Rahmat Ali, dan majikannya, Seri Merdu Sdn Bhd, dalam saman kecuaian membabitkan isu liabiliti dan jumlah pampasan.

Hakim Alwi Abdul Wahab berkata kanak-kanak itu, yang kini berusia 13 tahun, berhak menerima RM486,000 bagi kos penjagaan masa depan kerana dia memerlukan bantuan sepanjang hayat susulan kecederaan sangat serius yang dialaminya dalam kemalangan berkenaan.

“Kanak-kanak yang cedera itu berhak mendapatkan 100% pampasan bagi kerugiannya kerana dia ialah penumpang yang tidak bersalah,” katanya.

Alwi, yang bersidang bersama Hakim Amarjeet Singh dan Dean Wayne Daly, berkata jumlah pampasan bagi penjagaan masa depan itu munasabah dan tidak terlalu tinggi.

Mahkamah mengambil kira keadaan kanak-kanak itu yang masih bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk keperluan hariannya.

Bagaimanapun, panel hakim mengekalkan pembahagian tanggungjawab yang dibuat Mahkamah Sesyen, iaitu 90% terhadap bapa kanak-kanak itu dan 10% terhadap pemandu bas serta syarikat bas berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan kos RM30,000 dibayar kepada kanak-kanak itu, yang memfailkan saman melalui neneknya.

Dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Alwi berkata tuntutan balas defendan ditolak dengan betul kerana kanak-kanak itu, sebagai penumpang yang tidak bersalah, berhak mendapat pampasan penuh.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak melakukan sebarang kesalahan, dan pampasannya tidak boleh dikurangkan semata-mata kerana kecuaian bapanya.

“Sebarang tuntutan terhadap si mati sepatutnya difailkan terhadap harta pusakanya, bukan terhadap tanggungannya.

“Memandangkan harta pusaka itu tidak disaman dan tempoh had masa untuk berbuat demikian sudah tamat, tuntutan balas itu tidak boleh berjaya,” katanya dalam alasan penghakiman ringkas yang disampaikan semalam.

Mahkamah Sesyen sebelum ini turut menganugerahkan kira-kira RM570,200 kepada kanak-kanak itu dan datuk neneknya bagi ganti rugi am serta kehilangan sara hidup. Jumlah itu tidak menjadi isu dalam rayuan berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku di Km176 Jalan Persekutuan Johor Bahru-Seremban berhampiran Segamat, Johor, pada 12 Dis 2017.

Kanak-kanak itu berusia tiga tahun dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik ketika kejadian. Dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Kereta yang dinaikinya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dipandu Rahmat.

Mahkamah mendapati bapa kanak-kanak itu 90% bertanggungjawab atas kemalangan berkenaan kerana memasuki lorong bas.

Pemandu bas pula diputuskan bertanggungjawab 10% kerana gagal memperlahankan bas atau membrek dengan berkesan walaupun sudah melihat bahaya dari jarak antara 50m hingga 70m.

Peguam GK Ganesan, Krishnavaine Indiran, Shomendran Permal, JN Lheela dan Lydia Jaynthi mewakili kanak-kanak itu serta datuk neneknya.

Peguam Christina Edwin Jacob, Meneka Kanasmoorthy, Munjeet Kaur dan J Annapurani mewakili pemandu bas serta syarikat berkenaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel