Nik Nazmi Nik Ahmad berkata mereka tidak akan sertai mana-mana gabungan politik, tetapi mungkin pertimbang perjanjian seperti MoU antara kerajaan dan pembangkangNik Nazmi Nik Ahmad berkata mereka tidak akan sertai mana-mana gabungan politik, tetapi mungkin pertimbang perjanjian seperti MoU antara kerajaan dan pembangkang

Bersama sasar tanding 10 hingga 20 kerusi Parlimen pada PRU16

2026/06/18 09:52
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
NIK NAZMINik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Bersama Malaysia bercakap pada sesi dialog awam di Taman Sri Rampai malam tadi.

KUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia menyasarkan untuk bertanding antara 10 hingga 20 kerusi Parlimen pada PRU16, kata ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bercakap dalam satu sesi dialog awam di sini malam tadi, bekas menteri itu menegaskan parti tersebut tidak akan bergabung dengan mana-mana gabungan politik walaupun PRU16 menghasilkan Parlimen tergantung.

“Namun kami tidak keberatan untuk menandatangani perjanjian seperti yang pernah ditandatangani Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob dengan pihak pembangkang,” katanya, merujuk kepada memorandum persefahaman (MoU) 2021 antara kerajaan dan pembangkang yang merangkumi beberapa reformasi utama.

Beliau berkata perjanjian seperti itu hanya akan dipertimbangkan sebagai langkah terakhir untuk memastikan kestabilan pentadbiran masa depan.

“Tetapi Bersama tidak akan menyertai mereka (gabungan lain). Namun kami akan terus memperjuangkan reformasi melalui perjanjian itu,” katanya.

Spekulasi semakin meningkat mengenai kemungkinan PRU16 diadakan lebih awal, dengan Johor dan Negeri Sembilan dijadualkan mengadakan PRN masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos.

Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli sebelum ini berkata parti itu akan tidak menyertai mana-mana gabungan menjelang PRN tersebut.

Dalam laporan Sinar Harian, Rafizi berkata langkah itu akan membolehkan parti tersebut merangka strategi pilihan raya sendiri tanpa terikat dengan perjanjian parti lain.

Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini berkata parti itu telah membuka permohonan kepada semua rakyat Malaysia yang berminat menjadi calon pilihan raya, dengan keutamaan diberikan kepada mereka di Johor dan Negeri Sembilan.

Pemohon perlu mendaftar sebagai ahli dan melalui sistem penilaian tiga fasa yang memerlukan mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset bersama latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga.

Mereka akan ditapis berdasarkan latar belakang, manakala kaji selidik kualitatif akan dijalankan dalam komuniti tempatan untuk mendapatkan maklum balas tentang mereka.

Rafizi turut berkata Bersama berharap 70% calon pilihan rayanya berumur bawah 50 tahun dan akan berusaha meletakkan seramai mungkin calon wanita.

Piyasa Fırsatı
Decentraland Logosu
Decentraland Fiyatı(MANA)
$0.07269
$0.07269$0.07269
+8.31%
USD
Decentraland (MANA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel