Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu bertujuan ringankan perbelanjaan awal untuk lanjutkan pelajaran.Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu bertujuan ringankan perbelanjaan awal untuk lanjutkan pelajaran.

13 anak YKM cemerlang SPM 2025 terima bantuan menara gading

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ismail Sabri Yaakob ziarah pelajar SPM AisyahIsmail Sabri Yaakob (kiri) ketika menziarah Aisyah Maharuddin yang memperoleh 10A dalam SPM 2025 di Felda Jelai 4, Gemas pada April lalu. Aisyah antara 13 anak YKM yang terima bantuan menara gading.

PETALING JAYA: Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) menyalurkan bantuan menara gading kepada 13 anak-anak di bawah naungannya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Jumlah itu mewakili 40% daripada 33 anak-anak YKM yang menduduki peperiksaan utama tersebut pada tahun lalu. Semua mereka menyambung pengajian dalam pelbagai laluan termasuk Tingkatan Enam, diploma, matrikulasi, asasi, sijil dan TVET.

Bantuan tunai yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan awal sebelum mereka memasuki kampus itu akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing bermula esok.

Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan tersebut membuktikan bahawa sokongan pendidikan yang berterusan mampu membuka laluan lebih baik kepada anak-anak daripada keluarga yang memerlukan.

“Tahniah kepada semua anak-anak YKM yang berjaya melangkah ke menara gading. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan dorongan, disiplin dan sokongan yang tepat, mereka mampu membina masa depan yang lebih baik.

“Namun, peratusan anak-anak YKM yang menyambung pelajaran masih perlu dipertingkatkan. YKM mensasarkan lebih separuh daripada pelajar lepasan SPM di bawah naungannya meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya setiap tahun,” kata.

Pelajar cemerlang YKM SPM 2025 iaitu Aisyah Maharuddin (10A) menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, manakala Nurhanani Ainah Khafizan (9A) dan Nur Aqilah Alya Mohamad (9A) masing-masing melanjutkan pelajaran dalam program asasi di UiTM Dengkil.

“Bantuan ini adalah sokongan awal yang bermakna untuk membantu mereka memulakan perjalanan di kampus dengan lebih yakin. YKM akan terus berdiri bersama mereka dalam usaha mengejar ilmu dan membina masa depan yang lebih baik,” kata Ismail yang juga bekas perdana menteri.

Ahli Parlimen Bera itu turut memberi komitmen bahawa selagi YKM mempunyai kemampuan kewangan, yayasan itu akan terus memastikan anak-anak di bawah naungannya tidak tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan berkualiti.

Selaras dengan komitmen tersebut, YKM akan memperluaskan program pembangunan pendidikan termasuk Kem Motivasi SPM 2026 bersama pusat tuisyen MC PLUS, dengan sasaran sekurang-kurangnya 10 pelajar memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2026.

YKM percaya kejayaan membangunkan modal insan memerlukan sokongan semua pihak.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.