Strategi ini termasuk beri tumpuan kepada pasaran jarak jauh seperti Rusia, Jerman dan Australia untuk pastikan kepelbagaian pasaran.Strategi ini termasuk beri tumpuan kepada pasaran jarak jauh seperti Rusia, Jerman dan Australia untuk pastikan kepelbagaian pasaran.

Motac perkukuh strategi, tumpu pasaran stabil dan berprestasi tinggi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man bernama pic 27626Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata, Motac juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri untuk tangani cabaran operasi dan tekanan kos. (Gambar Bernama)

IPOH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi Tourism Malaysia sedang memperkukuh strategi dengan memberi tumpuan kepada pasaran berprestasi tinggi dan stabil termasuk China, Indonesia, Jepun dan India.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata, ini termasuk memberi tumpuan kepada pasaran jarak jauh seperti Rusia, Jerman dan Australia bagi memastikan kepelbagaian pasaran.

Katanya, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri bagi menangani cabaran operasi dan tekanan kos.

“Momentum sektor pelancongan negara berada pada trajektori yang positif. Sehingga Mei tahun ini, negara telah menerima sebanyak 17.5 juta pelawat, meningkat 3.4% berbanding 16.9 juta pada tahun lepas.

“Prestasi semasa ini membuktikan kita berada di landasan kukuh untuk mengekalkan momentum positif pada 2026,” katanya ketika berucap pada Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah malam ini.

Turut hadir, Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Sementara itu, Chiew berkata, Motac sentiasa komited meletakkan seni dan budaya sebagai daya tarikan utama dalam mempromosikan Malaysia di pentas dunia, terutama bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Katanya, melalui sinergi dengan kerajaan negeri seperti Perak, kebudayaan tidak lagi terperangkap sebagai khazanah masa lepas, sebaliknya bangkit sebagai pemacu ekonomi dinamik yang mampu mengangkat martabat jati diri rakyat di persada dunia.

“Sinergi pelancongan budaya ini sangat penting kerana apabila kita memperkasakan budaya tempatan seperti tarian dabus, labu sayong, seni sulaman tekat benang emas mahupun keunikan gastronomi Ipoh, kita sebenarnya sedang membina produk pelancongan mampan yang bernilai tinggi.

“Ini strategi serampang dua mata untuk kita memelihara jati diri bangsa dan pada masa sama, melonjakkan ekonomi akar umbi melalui industri kreatif,” katanya.

Justeru, Chiew berkata, sokongan padu dalam bentuk pembangunan infrastruktur sangat kritikal bagi memastikan hasrat dan momentum pembangunan ini tidak terhenti.

Bagi Perak, katanya, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan persekutuan melalui Motac memperuntukkan RM44,189,100 melibatkan 13 projek, iaitu enam projek berskala besar dan tujuh projek penyelenggaraan atau peningkatan kemudahan pelancongan berjumlah RM1,393,000.

Enam projek pembangunan berskala besar itu adalah memulihara Menara Condong di Teluk Intan dan menaik taraf bangunan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak.

Projek lain adalah menaik taraf kawasan pelancongan di Kinta Riverwalk, menaik taraf dan mengubah suai bangunan informasi sedia ada kepada Lumut Mangrove Discovery Center, Manjung, membangunkan persisiran Sungai Bernam di Bandar Tanjong Malim, Perak serta membangunkan ekopelancongan Lata Puteh, Selama.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

Max Holloway VS Conor McGregor First Fight: What Happened in Their 2013 UFC Bout?

Max Holloway VS Conor McGregor First Fight: What Happened in Their 2013 UFC Bout?

Max Holloway VS Conor McGregor is one of the most interesting rematches on the UFC 329 card because the two fighters already met once before. Their first fight took place on August 17, 2013, at UFC Fight Night: Shogun vs Sonnen. Conor McGregor defeated Max Holloway by unanimous decision.
Share
MEXC NEWS2026/07/09 11:04
Max Holloway VS Conor McGregor Fight Breakdown: Striking, Cardio, Power and UFC 329 Matchup Analysis

Max Holloway VS Conor McGregor Fight Breakdown: Striking, Cardio, Power and UFC 329 Matchup Analysis

Max Holloway VS Conor McGregor is a classic style matchup between volume and precision. Holloway is known for pace, combinations, durability and pressure. McGregor is known for timing, counter-striking, distance control and fight-changing power. At UFC 329, the most important question is whether McGregor can make the fight about sharp early moments or whether Holloway can turn it into a long, high-output battle. If McGregor lands clean in the first two rounds, the fight can change quickly. If Holloway survives the early danger and forces McGregor to defend for long stretches, the matchup may shift toward Holloway.
Share
MEXC NEWS2026/07/09 11:05
Max Holloway VS Conor McGregor Start Time: UFC 329 Date, Fight Card, Venue & How to Watch

Max Holloway VS Conor McGregor Start Time: UFC 329 Date, Fight Card, Venue & How to Watch

Max Holloway VS Conor McGregor is scheduled as the headline matchup of UFC 329: McGregor vs Holloway 2. The event takes place on July 11, 2026, at T-Mobile Arena in Las Vegas, United States, making it one of the biggest UFC events of the year. For fans searching for the Max Holloway VS Conor McGregor start time, the UFC 329 main card is listed for 9:00 PM ET / 6:00 PM PT. ESPN’s UFC 329 fight center also lists early prelims at 5:00 PM ET, prelims at 7:00 PM ET and the main card at 9:00 PM ET.
Share
MEXC NEWS2026/07/09 11:04

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs