Calon PH C Subramani berkata rekod perkhidmatannya selama sembilan tahun di Pagoh memberi keyakinan untuk menyaingi penyandang PN, Dr Sahruddin Jamal.Calon PH C Subramani berkata rekod perkhidmatannya selama sembilan tahun di Pagoh memberi keyakinan untuk menyaingi penyandang PN, Dr Sahruddin Jamal.

Calon PH yakin mampu rampas Bukit Kepong

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
SUBRAMANI CHAMIC Subramani (kiri) diiringi oleh R Yuneswaran (tengah) pada proses penamaan calon DUN Bukit Kepong.

PAGOH: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Kepong, C Subramani, yakin mampu mencipta kejutan dengan merampas kerusi itu daripada Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.

Subramani berkata keyakinan itu bersandarkan rekod perkhidmatannya sebagai ketua cabang PKR Pagoh selama tiga penggal, selain hubungan rapat dengan penduduk setempat.

Menurut, gerak kerja di peringkat akar umbi selama sembilan tahun boleh mengimbangi kekuatan penyandang kerusi itu, Dr Sahruddin Jamal daripada PN yang juga bekas menteri besar Johor.

“Dia ada kekuatan, saya pun ada kekuatan,” katanya ditemui selepas proses penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh.

Subramani berkata jika diberi mandat, beliau mahu memberi tumpuan kepada isu asas penduduk, termasuk lampu jalan, pembangunan pusat pelancongan, peluang pekerjaan dan perumahan mampu milik.

Katanya, ramai anak muda terpaksa berhijrah ke Singapura atau Kuala Lumpur kerana kekurangan peluang pekerjaan di kawasan itu.

“Kawasan gelap, ada tempat langsung tiada lampu. Peluang pekerjaan pun kurang kerana tiada perindustrian. Rumah mampu milik juga hampir tiada,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran berkata PH mempunyai peluang di Bukit Kepong kerana sentimen pengundi kali ini berbeza berbanding PRN lalu.

Menurutnya, majoriti kemenangan PN sebelum ini juga tidak besar, sekali gus membuka ruang kepada PH untuk memberi saingan sengit.

“Beliau menang hanya dengan kira-kira 700 undi. Kali ini sentimen pengundi berbeza, dan kita lihat lebih 37% pengundi di sini bukan Melayu,” katanya.

Yuneswaran berkata antara isu utama yang perlu diberi perhatian di Bukit Kepong ialah peluang pekerjaan, pembangunan industri, infrastruktur dan tebatan banjir.

Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah Anwar Ibrahim sudah meluluskan beberapa projek besar termasuk ETS, RTS, landasan berkembar serta projek tebatan banjir.

“Pagoh antara kawasan kerap dilanda banjir dan projek tebatan banjir Sungai Muar dalam proses pembinaan serta penambahbaikan,” katanya.

Market Opportunity
Chainbase Logo
Chainbase Price(C)
$0.0796
$0.0796$0.0796
-1.16%
USD
Chainbase (C) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order