Menteri Azalina Othman Said berkata jaminan itu berdasarkan maklum balas rasmi Petronas yang dilaporkan dalam mesyuarat mingguan MTEN.Menteri Azalina Othman Said berkata jaminan itu berdasarkan maklum balas rasmi Petronas yang dilaporkan dalam mesyuarat mingguan MTEN.

Bekalan bahan api di rangkaian stesen Petronas kekal stabil hingga Ogos

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Petronas membekalkan kira-kira 50% keperluan bahan api domestik negara menerusi Petronas Dagangan Bhd.

KUALA LUMPUR: Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata ia adalah berdasarkan jawapan rasmi yang diterima daripada Petronas, sebagaimana yang dilaporkan di dalam mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Rangkaian ini merangkumi kira-kira 50% daripada keperluan bahan api domestik negara yang dibekalkan oleh Petronas melalui anak syarikat senaraian awamnya, Petronas Dagangan Bhd,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau berkata untuk memastikan keperluan bahan api negara mencukupi dan selaras dengan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat, satu Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah MTEN telah ditubuhkan.

“Pasukan ini sentiasa memantau situasi bekalan bahan api, bahan bakar dan tenaga negara serta memastikan keterjaminan bekalan di bulan-bulan akan datang serta turut mengawal harga, mencegah aktiviti penyeludupan dan penyelewengan.

Tambahnya, usaha terus dijalankan untuk memperoleh bekalan minyak mentah daripada pengeksport luar Asia Barat seperti dari Afrika Barat dan Benua Amerika, tertakluk kepada kesesuaian gred minyak mentah dan terma komersial berkaitan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berhubung kenyataan Petronas bahawa bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen minyak adalah terjamin hanya sehingga akhir Jun 2026 dan pelan kontingensi kerajaan sekiranya krisis tenaga global berlanjutan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order