Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan tersebut.Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan tersebut.

Guan Eng, ahli perniagaan akan dibicarakan kes rasuah RM11.6 juta

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lim guan engBekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dituduh atas penyalahgunaan kuasa kerana didakwa memastikan sebuah syarikat mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Phang Li Koon memperoleh kelulusan untuk membina sebuah asrama.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibicarakan dalam kes rasuah berkaitan pembinaan sebuah asrama pekerja asing.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Azman Abdullah menolak permohonan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan tersebut.

Lim mengaku tidak bersalah pada Ogos 2020 atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa kerana didakwa memastikan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Phang memperoleh kelulusan untuk membina asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta. Phang pula didakwa bersubahat dengan Lim dalam melakukan kesalahan itu.

Hakim Noorin Baharuddin, yang membacakan keputusan mahkamah, berkata kes rasuah semasa itu tidak sama dari segi fakta atau undang-undang dengan kes terdahulu yang melibatkan pembelian sebuah banglo oleh Lim pada harga yang didakwa lebih rendah daripada nilai pasaran kira-kira 10 tahun lalu.

Lim dan Phang dibebaskan daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan menarik balik kes berkenaan pada 2018.

“Kes semasa yang melibatkan projek asrama ini membabitkan bentuk suapan yang berbeza serta elemen-elemen berlainan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

“Ia tidak sama sama ada dari segi undang-undang mahupun faktadan kami tidak bersetuju bahawa pertuduhan semasa ini merupakan satu bentuk pendakwaan berganda terhadap tertuduh,” kata Noorin.

Seorang lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Radzi Abdul Hamid.

(sub-head) Pendakwa raya perlu berhemah memfailkan pertuduhan secara berperingkat

Noorin turut mengulas cara pertuduhan rasuah dikenakan terhadap Lim dan Phang, bermula daripada kes pembelian banglo pada 2016 hingga kes asrama pekerja asing pada 2020.

Beliau berkata dalam kes banglo itu, seramai 25 saksi telah memberi keterangan sebelum pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.

“Bagaimanapun, selepas ‘siasatan lanjut’, mereka terpaksa berdepan satu lagi set pertuduhan baharu, menyebabkan mereka menganggap keadaan itu tidak adil dan menindas,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pendakwa raya supaya menggunakan budi bicara pendakwaan secara berhemah ketika memfailkan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh.

“Pemecahan pendakwaan kepada beberapa bahagian perlu dilakukan dengan berhemah kerana ia boleh mewujudkan persepsi dalam kalangan tertuduh bahawa mereka dikenakan ‘set pertuduhan yang sama’,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order