Perdana menteri berkata Johor penerima peruntukan ketiga terbesar di negara ini selepas Sabah dan Sarawak.Perdana menteri berkata Johor penerima peruntukan ketiga terbesar di negara ini selepas Sabah dan Sarawak.

Johor sumbang RM14 bilion, terima RM16 bilion dari kerajaan persekutuan, kata Anwar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
anwar ibrahimPengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor di Tangkak, malam tadi. (Gambar Bernama)

TANGKAK: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Beliau berkata berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan persekutuan menyalurkan semula RM16 bilion kepada Johor melalui pelbagai projek pembangunan, peruntukan pengurusan dan program berkaitan.

“Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.

“Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor, malam tadi.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata fakta itu perlu dijelaskan bagi memberikan gambaran sebenar tentang komitmen kerajaan persekutuan terhadap pembangunan Johor.

Beliau turut memberikan perbandingan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor di bawah kerajaan terdahulu dengan kerajaan Madani ketika ini.

Perdana menteri berkata peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu berada pada kadar kira-kira RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun.

Jumlah itu, katanya, meningkat kepada RM8.7 bilion di bawah kerajaan Madani.

Anwar berkata peningkatan peruntukan berkenaan jelas membuktikan komitmen kerajaan persekutuan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diberi keutamaan.

Menerusi data yang dibentangkan Anwar, bagi 2026, Johor disenaraikan sebagai penerima peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) ketiga terbesar di negara ini selepas Sabah dan Sarawak.

Peruntukan OE kepada Johor meningkat daripada RM7 bilion pada 2022 kepada RM8.7 bilion pada 2026, manakala DE meningkat daripada RM2.3 bilion kepada RM4.8 bilion dalam tempoh sama.

Selain itu, Johor turut direkodkan sebagai negeri kedua terbesar menerima bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selepas Selangor.

Market Opportunity
Bilibili (Ondo) Logo
Bilibili (Ondo) Price(BILION)
$16.24
$16.24$16.24
-3.79%
USD
Bilibili (Ondo) (BILION) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order