Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Azmin Ali boleh muncul tokoh utama Bersatu jika wujud desakan menggantikan pimpinan bagi rundingan jajaran politik baharuAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Azmin Ali boleh muncul tokoh utama Bersatu jika wujud desakan menggantikan pimpinan bagi rundingan jajaran politik baharu

Azmin boleh jadi jambatan Bersatu-PH jika Muhyiddin berundur, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mohamed azmin aliAzmin Ali boleh jadi penghubung Bersatu-PH berdasarkan jaringan politik dan rekod beliau dalam rundingan antara blok, menurut penganalisis.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berpotensi menjadi ‘penghubung’ mengembalikan semula kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi penganalisis berpandangan ia sukar dilakukan jika Muhyiddin Yassin terus menentukan hala tujunya.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata kedudukan Bersatu yang semakin terhimpit susulan krisis Perikatan Nasional (PN) menyaksikan kerjasamanya dengan PAS terputus mungkin memaksa parti itu mencari hala tuju baharu untuk kelangsungan politiknya.

Menurut penganalisis dari Global Asia Consulting itu, Bersatu mungkin terpaksa menilai semula kepimpinannya dan mencari tokoh yang mampu berunding pembentukan jajaran politik baharu menjelang PRN dan PRU16.

PRN terdekat adalah pilihan raya di Johor pada 11 Julai depan dan 1 Ogos di Negeri Sembilan.

Zaharuddin berkata jaringan politik Azmin dan rekod beliau dalam rundingan antara blok menjadikannya antara pemimpin yang boleh memainkan peranan itu, khususnya jika Bersatu mahu membuka semula ruang dengan PH.

“Jika ‘survival’ menuntut Bersatu berunding semula dengan musuh lama termasuk PH, Azmin mempunyai ‘lesen besar’ melakukannya demi menyelamatkan parti,” katanya kepada FMT sambil merujuk jawatan timbalan presiden PKR pernah disandang Azmin selama 10 tahun.

Azmin dipecat PKR enam tahun lalu susulan ‘Langkah Sheraton’, menyaksikan Bersatu keluar dari kerjasama dengan PH yang pada PRU14 berlangsung Mac 2018 menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Zaharuddin berkata berbeza dengan Hamzah Zainudin yang dipecat dalam konflik kepimpinan parti, bekas menteri besar Selangor itu pula tidak semestinya perlu melancarkan pemberontakan dalaman untuk muncul tokoh utama dalam Bersatu, menggantikan Muhyiddin.

Sebaliknya, beliau berkata perubahan itu boleh berlaku secara semula jadi sekiranya tekanan terhadap kelangsungan parti semakin memuncak, terutama selepas Bersatu kehilangan sokongan jentera PAS.

“Beliau tidak perlu mencabar secara bersemuka, tetapi beliau boleh mengambil alih secara ‘default’,” katanya.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kerjasama dengan parti lain termasuk PH antara pilihan terbaik Bersatu untuk meneruskan kelangsungan politiknya ialah bekerjasama dengan parti lain, termasuk PH.

Menurutnya, PH juga boleh memanfaatkan Bersatu untuk meluaskan tarikan kepada sebahagian pengundi Melayu.

“Tetapi sejarah PH dengan Muhyiddin amat gelap sekali dan menutup pintu hatinya untuk bekerjasama,” katanya.

Muhyiddin dan Azmin sebelum ini menafikan Bersatu sedang mewujudkan hubungan rapat dengan PH yang disifatkan sebagai tuduhan liar tidak berasas serta berniat jahat.

Muhyiddin, bekas pengerusi PN sebaliknya menegaskan Bersatu akan kekal dalam PN sampai bila-bila di sebalik krisis melanda gabungan itu menyaksikan Azmin dihentikan sebagai timbalan setiausaha agung.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002879
$0.00002879$0.00002879
-2.96%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order