Muhyiddin Yassin hadir mesyuart majlis tertinggi PN malam ini, dikatakan bakal bincang kedudukan Bersatu.Muhyiddin Yassin hadir mesyuart majlis tertinggi PN malam ini, dikatakan bakal bincang kedudukan Bersatu.

Muhyidddin bersama pimpinan Bersatu tiba di HQ PAS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
muhyiddin yassinPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin tiba di ibu pejabat PAS bagi mesyuarat MT PN.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bersama beberapa pimpinan lain tiba di ibu pejabat PAS bagi mesyuarat majlis tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) malam ini, dikatakan bakal membincangkan kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Turut hadir Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pemuda Hilman Idham; serta pemangku ketua Wanita, Nolee Ashilin Mohammed Radzi jam 8.20 malam.

Kelihatan pemimpin PAS seperti Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan; Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa; Ketua Pengarah Pilihan Raya Sanusi Nor; serta Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Turut hadir Presiden Gerakan, Dominic Lau, dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia, P Punithan; selain Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penyokong PAS dilihat berkumpul di perkarangan ibu pejabat parti Islam itu.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, ketika berucap berharap tiada sebarang provokasi.

“Kita mengharapkan penyatuan ummah yang diusahakan PAS,” katanya.

Mesyuarat itu diadakan ketika kerjasama PAS dan Bersatu telah tamat, berlatarkan kemelut antara kedua-dua parti.

Muhyiddin malam tadi menegaskan Bersatu akan kekal dalam PN ‘sampai bila-bila’.

Selain itu, PAS sebelum ini mengumumkan ia menyokong Parti Wawasan Negara untuk menyertai PN. Wawasan dilancarkan oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Samsuri sebelum ini berkata sebarang perkara membabitkan keahlian atau kedudukan mana-mana parti dalam PN perlu melalui proses perbincangan dan keputusan bersama di peringkat kepimpinan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order