Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj, kata retorik tanpa pelaksanaan semakin hilang nilai ketika era kerja, keberhasilan dan penyelesaian sedang ambil tempatAhli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj, kata retorik tanpa pelaksanaan semakin hilang nilai ketika era kerja, keberhasilan dan penyelesaian sedang ambil tempat

PRN Johor penentu naratif menuju PRU16

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ahli Parlimen Yuneswaran Ramaraj kata penilaian untuk pilihan raya harus berdasarkan prestasi, dasar, kemampuan dan integriti.

PETALING JAYA: PRN Johor akan menentukan naratif menuju PRU16, peluang untuk pengundi menyatakan politik kerja mengatasi politik berasaskan sentimen.

Ahli majlis pimpinan PKR, Yuneswaran Ramaraj, berkata rakyat Johor tidak lagi sekadar penonton sebaliknya ‘hakim’ yang menilai berdasarkan prestasi, dasar, kemampuan dan integriti.

Ahli Parlimen Segamat ini berkata politik retorik tanpa pelaksanaan semakin hilang nilai ketika era politik berteraskan kerja, keberhasilan dan penyelesaian sedang mengambil tempat.

“Pengundi hari ini semakin mengutamakan calon yang mempunyai orientasi perkhidmatan, mudah diakses, aktif membantu masyarakat serta mampu menjadi jambatan penyelesian antara rakyat dan kerajaan.

“Dalam PRN Johor ini, persoalan besar bukan lagi siapa paling lantang bercakap tetapi siapa paling mampu bekerja untuk rakyat,” katanya di Facebook.

Timbalan menteri perpaduan negara ini menulis demikian selepas mengunjungi bilik gerakan di DUN Pemanis, di mana beliau bertemu jentera PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, Barisan Nasional menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional tiga, manakala Muda satu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel