Collin Lawrence Sequerah berkata Najib Razak salah guna kuasa dimilikinya sehingga tercetus 'antara skandal rasuah kewangan dan pengubahan wang haram terbesar'.Collin Lawrence Sequerah berkata Najib Razak salah guna kuasa dimilikinya sehingga tercetus 'antara skandal rasuah kewangan dan pengubahan wang haram terbesar'.

Najib tak tunjuk rasa kesal, salahkan pihak lain, kata hakim kes 1MDB

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Collin Lawrence Sequerah and Najib RazakCollin Lawrence Sequerah berkata hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap Najib Razak adalah setimpal dengan kesalahan dilakukan.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah menunjukkan rasa kesal atas salah laku yang menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kewangan besar, kata Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya berhubung kes 1MDB.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah dalam alasan penghakiman setebal 800 muka surat yang dikeluarkan hari ini, berkata 1MDB pada asalnya diwujudkan sebagai dana kekayaan negara bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia, namun akhirnya menjadi ‘pusat kepada antara skandal rasuah kewangan dan pengubahan wang haram terbesar pada abad ke-21’.

Memetik angka Kementerian Kewangan yang direkodkan dalam Hansard Parlimen, Sequerah berkata RM42 bilion daripada RM50 bilion kerugian berkaitan 1MDB sudah dibayar setakat tahun lalu manakala RM29 bilion berjaya diperoleh semula menerusi usaha pemulihan aset.

“Kesan dan akibat daripada skandal ini masih berterusan, dan masih terdapat tanggungan kewangan semasa yang perlu diselesaikan.

“Skandal ini juga merosakkan reputasi Malaysia,” kata Sequerah.

“Di tengah-tengah skandal ini bukanlah seorang pekerja bawahan yang mengambil kesempatan atas kelemahan sistem, tetapi seorang individu yang berada pada kedudukan tertinggi kuasa.”

Sequerah berkata Najib, yang memimpin dan memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan serta 1MDB, telah ‘menggunakan dan mengeksploitasi’ kedudukan itu untuk melakukan tindakan tertentu serta mempengaruhi lembaga pengarah supaya meluluskan transaksi luar biasa dengan tergesa-gesa.

“Mahkamah ini juga wajar mengambil kira tertuduh tidak pernah menunjukkan rasa kesal atas kesalahan dilakukan, sebaliknya memilih menyalahkan skandal itu kepada kakitangan pengurusan 1MDB,” katanya menjelaskan mengapa hukuman penjara 15 tahun bersama denda RM11.38 bilion adalah hukuman yang sesuai.

Mahkamah turut mengambil maklum bahawa Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan lebih awal dalam kes SRC International, sambil menyifatkan kes SRC itu ‘mempunyai sifat yang sama dengan kes 1MDB’.

‘Sejarah penuh liku’

Dalam penghakimannya, Sequerah menyifatkan kes 1MDB sebagai kes yang mempunyai ‘sejarah penuh liku’, bermula pada 20 Sept 2018 apabila Najib dihadapkan ke mahkamah atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, perbicaraan hanya bermula hampir setahun kemudian, pada 18 Ogos 2019, kerana kes SRC International yang membabitkan Najib ketika itu masih berjalan.

“Selepas perbicaraan berjalan buat seketika dan harapan kelihatan kembali cerah, dunia dilanda sekatan pergerakan akibat Covid-19,” kata Sequerah.

Beliau berkata perbicaraan terpaksa ditangguhkan beberapa kali selepas pihak-pihak terlibat dan saksi sama ada disahkan positif atau disyaki dijangkiti penyakit itu.

Perbicaraan berlangsung lebih enam tahun, dengan 50 saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dan 26 saksi lain tampil menyokong pembelaan Najib.

“Ini berkemungkinan besar mengatasi tempoh mana-mana perbicaraan lain dalam sejarah mahkamah Malaysia, satu rekod yang tidak membanggakan,” kata Sequerah.

Pembelaan ‘derma Arab’ tidak boleh diterima

Dalam memutuskan Najib bersalah, Sequerah berkata Najib secara konsisten mendakwa wang yang diterimanya adalah ‘derma’ daripada Allahyarham Raja Arab Saudi Raja Abdullah.

Namun, alasan itu sudah ditolak oleh mahkamah di semua peringkat dalam kes SRC, dengan Mahkamah Persekutuan menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh dipercayai’.

“Dapatan ini mewujudkan estoppel terhadap tertuduh. Beliau tidak lagi boleh membangkitkan perkara sama untuk dibicarakan semula,” kata Sequerah.

Berhubung dakwaan Najib bahawa kes terhadapnya bermotif politik, Sequerah berkata ‘bukti yang jelas, kukuh dan tidak dapat disangkal’ menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukannya yang sangat berkuasa dalam 1MDB, bersama kuasa luas yang dimilikinya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002805
$0,00002805$0,00002805
-%4,13
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel