Menteri Besar Amirudin Shari berkata bantuan itu usaha kerajaan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup ketika krisis bekalan global.Menteri Besar Amirudin Shari berkata bantuan itu usaha kerajaan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup ketika krisis bekalan global.

50,000 keluarga di Selangor terima bantuan tunai RM100

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Amirudin ShariMenteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata bantuan itu diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan di negeri itu selama enam bulan. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Seramai 50,000 keluarga kurang berkemampuan di Selangor bakal menerima bantuan tunai RM100 sebulan selama enam bulan menerusi inisiatif Baucar Kita Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 bermula 30 Jun ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata bantuan itu merupakan antara inisiatif di bawah pakej berjumlah RM140 juta yang diumumkan kerajaan negeri pada 16 April dalam usaha membantu rakyat menghadapi ketidaktentuan ekonomi serta tekanan kos sara hidup ketika krisis bekalan global.

Beliau berkata penerima dikenal pasti menerusi semakan beberapa pangkalan data sedia ada termasuk Inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Kita akan mula meneliti senarai penerima bermula 22 hingga 23 Jun sebelum memaklumkan kepada mereka yang layak.

“Sasarannya supaya penerima boleh mula menggunakan bantuan RM100 sebulan itu bermula 30 Jun dan pembayaran akan diteruskan setiap bulan sehingga tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pakej tersebut di Bilik Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Menerusi pakej itu, Amirudin berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk Jelajah Ehsan Rahmah (JER) 2026 melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang akan berlangsung dua kali sekali di setiap DUN di seluruh Selangor bermula bulan ini.

Usaha ini adalah tambahan kepada jumlah RM5 juta sedia ada yang menjadikan keseluruhan peruntukan bagi JER 2026 sebanyak RM10 juta.

Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar api konvensional, beliau berkata kerajaan negeri menawarkan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30 sebulan kepada 50,000 pengguna melalui aplikasi Nine.

“Subsidi itu mula disalurkan mulai hari sebanyak RM30 sebulan untuk tempoh 6 bulan yang boleh digunakan untuk menaiki jaringan van demand-responsive transit seluruh negeri. Ia juga akan diperluaskan kepada mod pengangkutan awam lain seperti LRT serta komuter KTM dalam fasa seterusnya,” katanya.

Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa, Amirudin berkata kerajaan negeri juga akan mula memberikan Program Sarapan Percuma kepada 120,000 pelajar yang memerlukan di 965 sekolah seluruh negeri dibawah kendalian Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam pada itu, katanya, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 yang memfokuskan perlindungan kepada sektor industri di negeri itu akan dibentangkan semasa persidangan DUN khas pada 19, 22 dan 23 Jun ini.

Beliau berkata persidangan DUN pada 28 April lalu memaklumkan kerajaan Selangor akan melancarkan beberapa inisiatif baharu bagi membantu memperkukuh dua subsektor utama negeri, iaitu pembuatan dan perkhidmatan dalam mendepani impak krisis bekalan global yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan sidang DUN khas yang diadakan nanti hanya akan memfokuskan kepada perbincangan pakej pengukuhan dalam mendepani krisis bekalan global oleh Adun dan tidak ada kaitan dengan pembubaran DUN .

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel