Isteri Najib Razak berkata beliau tidak pernah terlibat dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan milik atau pemilikan mana-mana hartanah mewah.Isteri Najib Razak berkata beliau tidak pernah terlibat dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan milik atau pemilikan mana-mana hartanah mewah.

Rosmah buat laporan tuduhan beli, pindah milik rumah agam di AS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Rosmah MansorSatu video tular mendakwa menantu Rosmah Mansor membeli rumah agam bernilai USD13 juta itu pada Julai 2025 sebelum memindahkannya kepada satu syarikat kononnya terkait ahli perniagaan Daing A Malek Daing Rahaman, bulan lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau membeli dan memindahkan milik sebuah rumah agam di Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan bernilai USD13 juta, atau sekitar RM52.7 juta.

Satu video tular mendakwa, rumah agam itu dibeli pada Julai 2025 oleh menantu Rosmah, Daniyar Kessikbayev, sebelum dipindahkan milik pada bulan lalu kepada sebuah syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Daing A Malek Daing Rahaman.

Rosmah berkata, video tersebut mengandungi dakwaan palsu dan berunsur fitnah bertujuan memperdayakan orang ramai serta membawa kemudaratan besar dan tidak boleh diperbaiki terhadap reputasinya termasuk keluarga.

“Tidak pernah pada bila-bila masa saya terlibat dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan milik atau pemilikan mana-mana hartanah mewah – termasuk mana-mana hartanah didakwa bernilai USD13 juta – mahupun saya membiayai, memudahkan, atau dalam apa jua cara sekalipun mengatur transaksi sedemikian bagi pihak menantu atau mana-mana individu atau entiti lain.

“Dakwaan mengaitkan saya dengan penggunaan syarikat cengkerang, struktur kewangan pesisir pantai, atau hubungan dengan mana-mana individu atau entiti yang dinamakan dalam video-video ini adalah tidak berasas sama sekali, cukup palsu, dan sengaja direka-reka dengan niat jahat.

“Ia langsung tidak disokong oleh apa jua bukti boleh dipercayai dan tidak lebih daripada satu kempen dirancang dan disengajakan untuk memfitnah saya serta membawa kehinaan kepada keluarga saya,” katanya dalam kenyataan.

Rosmah berkata, beliau membuat laporan polis hari ini supaya polis dapat menyiasat perkara berkenaan secara menyeluruh, termasuk menyiasat mereka yang menyebarkan dakwaan palsu terhadap dirinya.

Beliau menyeru semua platform media sosial menurunkan video tersebut dan menyekat penyebaran kandungan berunsur fitnah itu.

“Saya dengan ini menyerahkan semua hak yang ada pada saya di sisi undang-undang, termasuk hak untuk memulakan prosiding sivil dan meneruskan tindakan jenayah terhadap mana-mana pihak yang telah menerbit, menerbitkan semula, berkongsi, atau terus menyebarkan dakwaan palsu dan memudaratkan ini,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Daing dipetik Bernama sebagai berkata, dakwaan tersebut ‘mengelirukan’ dan ‘sama sekali tidak benar’. Beliau memberi amaran mereka yang menerbit atau menerbitkan semula kenyataan fitnah itu boleh berdepan tindakan undang-undang.

Daing juga telah membuat laporan polis berhubung video berkenaan.

Market Opportunity
Decentraland Logo
Decentraland Price(MANA)
$0.06546
$0.06546$0.06546
0.00%
USD
Decentraland (MANA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel