Pengulas bola sepak Bob Holmes berkata penyokong berdepan tekanan berganda akibat harga tiket yang tinggi dan peraturan imigresen AS yang ketat.Pengulas bola sepak Bob Holmes berkata penyokong berdepan tekanan berganda akibat harga tiket yang tinggi dan peraturan imigresen AS yang ketat.

Impian penyokong ke Piala Dunia tersekat kerana visa, kos melambung

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tiket perlawanan akhir di Stadium MetLife, New Jersey, boleh mencecah USD$10,990, hampir RM45,000. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Bagi ramai penyokong, Piala Dunia dianggap kemuncak emosi bola sepak — peluang yang jarang hadir untuk menyaksikan negara sendiri beraksi di pentas dunia dan merasai suasana kejohanan secara langsung.

Namun, menjelang edisi 2026, impian itu semakin sukar direalisasikan apabila peminat berdepan dua cabaran besar: harga tiket melambung dan peraturan imigresen Amerika Syarikat (AS) yang ketat.

Penganalisis bola sepak Bob Holmes berkata peminat kini tersepit dari dua arah, apabila model harga Fifa dan dasar kemasukan AS menjadikan peluang untuk hadir ke kejohanan itu tidak realistik bagi ramai penyokong, khususnya penyokong dari negara bola sepak sedang membangun.

“Saya fikir Fifa dan AS sama-sama bertanggungjawab dalam hal ini,” kata Holmes dalam temu bual FMT.

Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico akan menjadi edisi terbesar dalam sejarah selepas jumlah pasukan diperluas kepada 48.

Namun menurut Holmes, perluasan itu turut mencetuskan harapan yang akhirnya mungkin tidak mampu dipenuhi oleh ramai penyokong.

“Peminat menyangka mereka akhirnya berpeluang berada di sana. Mereka sudah lama menyimpan wang, menggadaikan rumah, meninggalkan pekerjaan dan sebagainya,” katanya.

Halangan visa

Bagi sesetengah penyokong, cabaran pertama bukan wang, tetapi urusan pentadbiran.

Siasatan BBC mendapati peminat dari lebih suku negara yang layak beraksi berdepan larangan perjalanan, syarat visa yang ketat atau kadar penolakan permohonan yang tinggi untuk memasuki AS.

Isu itu turut menjejaskan pegawai perlawanan apabila pengadil Somalia, Omar Artan, ditolak masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami awal minggu ini walaupun mempunyai dokumen sah.

Fifa, yang dilihat tunduk kepada Presiden AS Donald Trump, hanya mampu mengesahkan bahawa Pengadil Terbaik Afrika 2025 itu tidak akan menyertai kejohanan berkenaan.

Somalia adalah antara beberapa negara yang terkesan akibat sekatan imigresen ketat diperkenalkan oleh pentadbiran Trump yang berpendirian keras.

Sudah bayar, tetap tersisih

Bagi penyokong, isu ini bukan sekadar soal dasar tetapi kehilangan peluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia.

Peminat Iraq, Abdulla Adnan, percaya beliau sedang menuju pengalaman sekali seumur hidup selepas negaranya layak ke Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.

Beliau membelanjakan USD$1,800 untuk membeli tiket perlawanan di Boston dan Philadelphia.

“Pergi ke stadium, berada dalam suasana orang ramai bersorak, dan melihat pasukan saya sendiri beraksi — itu sangat bermakna bagi saya,” katanya kepada BBC.

Namun, mendapatkan visa terbukti mustahil. Dengan perkhidmatan konsular AS di Iraq yang terhad, Adnan pergi ke Jordan untuk membuat permohonan, tetapi ditolak kerana bukan warganegara Jordan.

Akhirnya, beliau berputus asa. Kesnya mencerminkan masalah yang lebih meluas.

Analisis BBC menunjukkan sehingga 40% permohonan dari 11 negara yang bertanding ditolak, termasuk Ghana, Algeria, Iran, Haiti, Cape Verde dan Senegal, yang mencatat kadar penolakan 70%.

Warga Jordan, Abu Kass, ketika menceritakan pengalaman permohonannya yang gagal, dipetik berkata: “Saya bawa lebih 42 dokumen. Banyak permohonan ditolak sejak tiga hingga empat bulan lalu. Saya tidak tahu seorang pun penyokong yang berjaya mendapatkan visa.”

Akses yang terhad

Sebanyak 42 negara menikmati perjalanan bebas visa menerusi program pengecualian visa AS — tetapi tiada satu pun dari Afrika.

Pihak berkuasa AS berhujah sistem itu perlu bagi mengurus risiko keselamatan. Jabatan Negara AS menegaskan setiap permohonan dinilai secara individu dan negara itu tetap “bersedia menyambut pelawat dari seluruh dunia”.

Namun, memiliki visa sekalipun belum menjamin kemasukan kerana pegawai di pintu masuk masih mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan di pintu masuk negara itu.

Pengkritik berkata proses berkenaan mewujudkan ketidaktentuan dan memaksa peminat membuat komitmen kewangan besar tanpa mengetahui sama ada mereka akhirnya dibenarkan masuk ke AS.

Kos tinggi

Selain halangan imigresen, penyokong juga perlu berdepan kos yang semakin meningkat sebaik sahaja berada dalam suasana kejohanan.

Model harga Fifa dijangka menggunakan struktur dinamik, dengan harga berubah mengikut permintaan, peringkat perlawanan dan kategori tempat duduk.

Tiket peringkat kumpulan mungkin masih dianggap mampu milik, tetapi harga bagi pusingan kalah mati meningkat mendadak, dengan tempat duduk premium mencecah ribuan dolar. Menurut Economic Times, tiket perlawanan akhir berharga USD10,990, hampir RM45,000.

Kos penginapan, makanan, penerbangan domestik merentasi benua Amerika Utara, serta pengangkutan ke venue perlawanan turut menjadi perbelanjaan besar yang boleh membebankan penyokong yang datang dari luar negara.

Tekanan berganda buat penyokong

Holmes berkata penyokong pasti berdepan “tekanan berganda — daripada Fifa menerusi harga tiket, dan daripada Amerika menerusi peraturan imigresennya”.

“Di satu pihak, mereka bimbang ditahan jika pergi ke Amerika. Di pihak lain pula, walaupun mereka diberi jaminan, mereka tetap mungkin tidak mampu membeli tiket,” katanya.

Namun, Holmes melihat masih ada sinar bagi peminat tegar, apabila format kejohanan yang diperluas memberi harapan kepada negara-negara kecil seperti Cape Verde dan Haiti untuk layak lagi pada masa depan.

“Mereka pernah melakukannya sekali, dan mereka boleh melakukannya lagi,” katanya.

Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030, manakala Arab Saudi menjadi venue edisi 2034.

Mungkin ketika itu, penyokong-penyokong ini akhirnya dapat merealisasikan impian mereka.

Market Opportunity
BOB Logo
BOB Price(BOB)
$0.00561
$0.00561$0.00561
-1.54%
USD
BOB (BOB) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

How to earn from cloud mining: IeByte’s upgraded auto-cloud mining platform unlocks genuine passive earnings

How to earn from cloud mining: IeByte’s upgraded auto-cloud mining platform unlocks genuine passive earnings

The post How to earn from cloud mining: IeByte’s upgraded auto-cloud mining platform unlocks genuine passive earnings appeared on BitcoinEthereumNews.com. contributor Posted: September 17, 2025 As digital assets continue to reshape global finance, cloud mining has become one of the most effective ways for investors to generate stable passive income. Addressing the growing demand for simplicity, security, and profitability, IeByte has officially upgraded its fully automated cloud mining platform, empowering both beginners and experienced investors to earn Bitcoin, Dogecoin, and other mainstream cryptocurrencies without the need for hardware or technical expertise. Why cloud mining in 2025? Traditional crypto mining requires expensive hardware, high electricity costs, and constant maintenance. In 2025, with blockchain networks becoming more competitive, these barriers have grown even higher. Cloud mining solves this by allowing users to lease professional mining power remotely, eliminating the upfront costs and complexity. IeByte stands at the forefront of this transformation, offering investors a transparent and seamless path to daily earnings. IeByte’s upgraded auto-cloud mining platform With its latest upgrade, IeByte introduces: Full Automation: Mining contracts can be activated in just one click, with all processes handled by IeByte’s servers. Enhanced Security: Bank-grade encryption, cold wallets, and real-time monitoring protect every transaction. Scalable Options: From starter packages to high-level investment contracts, investors can choose the plan that matches their goals. Global Reach: Already trusted by users in over 100 countries. Mining contracts for 2025 IeByte offers a wide range of contracts tailored for every investor level. From entry-level plans with daily returns to premium high-yield packages, the platform ensures maximum accessibility. Contract Type Duration Price Daily Reward Total Earnings (Principal + Profit) Starter Contract 1 Day $200 $6 $200 + $6 + $10 bonus Bronze Basic Contract 2 Days $500 $13.5 $500 + $27 Bronze Basic Contract 3 Days $1,200 $36 $1,200 + $108 Silver Advanced Contract 1 Day $5,000 $175 $5,000 + $175 Silver Advanced Contract 2 Days $8,000 $320 $8,000 + $640 Silver…
Share
BitcoinEthereumNews2025/09/17 23:48
Tun Faisal dakwa sikap ‘kuku besi’ PAS semakin terserlah

Tun Faisal dakwa sikap ‘kuku besi’ PAS semakin terserlah

Ketua penerangan Bersatu berkata pengguguran Radzi Jidin dan Azmin Ali adalah 'permainan politik kotor' PAS bertujuan melemahkan parti itu dalam PN.
Share
Free Malaysia Today2026/06/18 11:33
Michael Saylor Calls Bitcoin the Base Layer for a New Digital Capital Stack

Michael Saylor Calls Bitcoin the Base Layer for a New Digital Capital Stack

The Strategy chair believes Bitcoin can jump 500-fold, but this depends more on large-scale financial adoption, not speculation.
Share
CryptoPotato2026/06/18 11:30

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel