Calon Pakatan Harapan di Puteri Wangsa, Maszlee Malik, berkata pelantikan menteri besar akhirnya terletak pada kuasa Sultan Johor.Calon Pakatan Harapan di Puteri Wangsa, Maszlee Malik, berkata pelantikan menteri besar akhirnya terletak pada kuasa Sultan Johor.

Tiada ‘poster boy’ PH demi hormati Istana Johor, kata Maszlee

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Maszlee MalikMaszlee Malik berkata PH mengakui peranan istana dan tidak mahu mendahului keputusan pihak istana.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak menamakan mana-mana calon sebagai ‘poster boy’ gabungan itu bagi PRN Johor kerana menghormati institusi istana, kata Maszlee Malik.

Calon PH bagi kerusi Puteri Wangsa itu berkata, gabungan berkenaan berpendirian tidak perlu mengumumkan calon menteri besar sebelum keputusan PRN diketahui kerana pelantikan jawatan itu akhirnya terletak pada kuasa Sultan Johor.

“Kami mengiktiraf peranan istana dan tidak mahu mendahului sebarang keputusan mengenainya.

“Sebaliknya, kami menawarkan barisan calon yang berwibawa dan bersedia untuk berkhidmat kepada negeri serta rakyat,” katanya seperti dilaporkan The Star selepas menghadiri sesi dialog belia di Iskandar Puteri semalam.

Bekas menteri pendidikan itu ditanya mengenai keputusan PH tidak menampilkan sebarang poster boy sepanjang kempen PRN Johor.

Pada sesi dialog itu, Maszlee berkata pengalaman lalu menunjukkan pengumuman calon menteri besar sebelum pilihan raya tidak semestinya menentukan siapa yang akhirnya dilantik menerajui kerajaan negeri.

Beliau merujuk PRN Johor pada 2022, apabila Barisan Nasional menamakan Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar, namun Onn Hafiz Ghazi akhirnya dilantik memegang jawatan itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Maszlee disebut-sebut sebagai pilihan PH bagi jawatan menteri besar.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000285
$0.0000285$0.0000285
+2.77%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs