Akta yang berkuat kuasa 31 Mac lalu mengubah perlindungan keselamatan sosial pekerja gig daripada sistem sukarela kepada automatik.Akta yang berkuat kuasa 31 Mac lalu mengubah perlindungan keselamatan sosial pekerja gig daripada sistem sukarela kepada automatik.

Akta Pekerja Gig ubah landskap perlindungan keselamatan sosial pekerja

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
P Hailing rider Food panda ShoppeKira-kira 1.2 juta terlibat pekerjaan gig dalam pasaran bernilai RM1.61 bilion yang berkembang pada kadar tahunan 23%, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

PETALING JAYA: Penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 menandakan titik perubahan penting dalam ekonomi gig Malaysia apabila perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja terbabit beralih daripada sistem penyertaan sukarela kepada automatik.

Dalam sektor pekerjaan formal, tanggungjawab majikan bukan sekadar menyediakan perlindungan terhadap kecederaan, ia juga merangkumi caruman bagi perlindungan hilang upaya dan simpanan persaraan.

Dengan pekerja gig kini diiktiraf sebagai pekerja, tahap perlindungan yang perlu disediakan oleh majikan kepada mereka turut mengalami perubahan.

Program pendaftaran kendiri bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kini dijenamakan semula sebagai Lindung Kendiri.

Pendaftaran melalui platform dan potongan caruman kini dihubungkan secara langsung kepada sistem Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Walaupun akta itu yang berkuat kuasa pada 31 Mac lalu menangani aspek perlindungan kecederaan bagi pekerja gig, masih ada jurang yang belum diselesaikan.

Perlindungan hilang upaya bagi keadaan yang tidak berkaitan pekerjaan serta simpanan persaraan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak termasuk dalam perundangan baharu itu. Ini bermakna pekerja gig masih tidak menikmati perlindungan sama seperti pekerja bergaji tetap.

Dengan mekanisme potongan caruman sedia ada bawah akta itu, infrastruktur sama pada dasarnya boleh diperluaskan untuk meliputi caruman KWSP, sekali gus membolehkan pekerja gig mendapat perlindungan lebih setara yang dinikmati pekerja dalam sektor pekerjaan formal.

Mengapa ia penting

Perubahan ini berlaku ketika industri gig Malaysia memasuki fasa pertumbuhan pesat.

Menurut Tinjauan Ekonomi Digital Belanjawan 2024 oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), kira-kira 1.2 juta orang terlibat pekerjaan gig dalam pasaran bernilai RM1.61 bilion, yang berkembang pada kadar tahunan 23%.

Dengan lebih 24,100 pemberhentian kerja direkodkan pada suku pertama 2026 dan tekanan kos sara hidup yang masih berterusan, semakin ramai beralih kepada pekerjaan gig sebagai alternatif kepada pekerjaan tradisional.

Kesedaran masih menjadi cabaran

Jurucakap Perkeso berkata, dengan pekerja gig kini mempunyai kedudukan undang-undang lebih formal, langkah seterusnya adalah mengubah pemikiran kumpulan tersebut dalam persekitaran di mana kesedaran awam terhadap keselamatan sosial masih rendah.

“Penting untuk keselamatan sosial diterapkan dalam tingkah laku kerja seseorang.

“Perkeso giat bekerjasama dengan penyedia platform untuk memperkemas pelaksanaan proses pendaftaran dan potongan caruman bagi transaksi komersial pekerja gig,” katanya.

Katanya, potongan automatik adalah pengalaman nyata pertama terhadap status pekerja formal, namun sama ada ia menjadi asas kepada perlindungan lebih menyeluruh bergantung kepada sejauh mana platform bersedia untuk melangkaui keperluan minimum yang ditetapkan undang-undang.

Sementara itu, penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia, Farah Diba Almayanda Alauddin, yang mengkaji pengaruh platform digital terhadap pekerja gig berkata, reka bentuk akta tersebut memang mengambil kira jurang kesedaran ini.

“Memandangkan ramai pekerja gig melihat peranan mereka sebagai sementara, mereka sering tidak mempunyai kesedaran undang-undang mengenai status pekerjaan,” katanya memaklumkan akta tersebut mengalihkan tanggungjawab pematuhan daripada pekerja individu kepada platform.

Bagaimanapun, Farah berkata bagi memastikan perubahan yang berkekalan selepas penguatkuasaan undang-undang itu, industri gig juga perlu menjalani reformasi.

“Pekerja gig kini menerima manfaat keselamatan sosial secara automatik, tanpa mengira tahap kesedaran mereka terhadap kerangka undang-undang berkaitan,” katanya.

Sebaliknya, Farah berkata platform secara tradisional beroperasi sebagai pasaran bebas dengan pengawasan awam yang terhad, sekali gus membolehkan mereka menentukan terma secara unilateral.

“Akta itu kini berfungsi sebagai campur tangan langsung oleh kerajaan untuk menutup jurang peraturan yang wujud akibat kawal selia kendiri platform,” katanya.

Bagaimana ia berfungsi

Di bawah akta itu, penyedia platform diwajibkan mendaftar pekerja gig, membuat potongan caruman daripada pendapatan mereka, dan menyalurkannya kepada Perkeso melalui antara muka pengaturcaraan aplikasi.

Perlindungan keselamatan sosial bermula sebaik sahaja pekerja mendaftar dengan penyedia platform dan menerima tugasan kerja pertama.

Apabila syarat ini dipenuhi, perlindungan akan kekal aktif walaupun pekerja tidak menerima sebarang tugasan selama beberapa hari atau belum mencapai ambang caruman minimum bulanan sebanyak RM13.10.

Perkeso mengesahkan, pekerja yang berdaftar bawah Lindung Kendiri sebelum 31 Mac akan secara automatik tertakluk kepada rangka kerja baharu ini, dengan caruman diteruskan apabila platform mereka melengkapkan integrasi.

Pekerja boleh menyemak caruman dan status perlindungan mereka melalui aplikasi Prihatin.

Perkeso menyasarkan pematuhan penuh penyedia platform utama di Malaysia dan kekal komited untuk melindungi hak pekerja gig terhadap perlindungan keselamatan sosial.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.