Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata tarikh pengundian yang berlangsung pada pertengahan bukan alasan tidak balik memilih.Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata tarikh pengundian yang berlangsung pada pertengahan bukan alasan tidak balik memilih.

PRN tengah bulan bukan alasan tak pulang mengundi, kata Fahmi

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil menyeru mereka yang berada di luar negeri termasuk Singapura balik pulang mengundi demi masa depan Johor.

MUAR: Pakatan Harapan (PH) menyeru pengundi berada di luar negeri termasuk di Singapura pulang mengundi pada PRN Johor 11 Julai.

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil, turut meminta ahli keluarga di Johor memainkan peranan menggalakkan anggota keluarga mereka pulang mengundi demi menentukan masa depan negeri itu.

“Pilihan raya ini sangat penting kerana kita mahu kerajaan negeri yang baik dan boleh bekerjasama dengan perdana menteri,” katanya ketika berucap pada ceramah PH sempena kempen PRN Johor, di Bakri.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas program berkenaan, Fahmi berkata beliau turut membaca pelbagai komen di media sosial yang mendakwa tarikh pengundian pada 11 Julai, iaitu pertengahan bulan, menyukarkan khususnya anak muda pulang mengundi.

“Saya telah membaca komen-komen yang mengatakan seolah-olah sengaja dipilih tarikh 11 Julai seolah-olah ia tengah bulan (menyebabkan) anak muda sukar balik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri.

Jangan cemar proses demokrasi

Dalam perkembangan sama, Fahmi mengecam tindakan sabotaj dan penyebaran maklumat palsu ketika berkempen yang disifatkan mencemarkan proses demokrasi.

Beliau berkata, beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen menunjukkan wujudnya amalan tidak sihat, termasuk vandalisme terhadap bahan kempen calon.

“Baru-baru ini, bendera kempen dibakar, papan iklan yang dipasang dirosakkan. Ini menandakan satu fasa dalam kempen yang tidak sihat,” katanya.

Beliau turut membangkitkan penyalahgunaan platform digital, termasuk kewujudan akaun WhatsApp palsu yang menggunakan gambar calon untuk menyebarkan maklumat tidak benar.

Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan pengundi supaya tidak mudah mempercayai setiap maklumat di media sosial atau aplikasi pesanan, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002705
$0.00002705$0.00002705
-7.45%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.