Ketua penerangan Bersatu berkata pengguguran Radzi Jidin dan Azmin Ali adalah 'permainan politik kotor' PAS bertujuan melemahkan parti itu dalam PN.Ketua penerangan Bersatu berkata pengguguran Radzi Jidin dan Azmin Ali adalah 'permainan politik kotor' PAS bertujuan melemahkan parti itu dalam PN.

Tun Faisal dakwa sikap ‘kuku besi’ PAS semakin terserlah

2026/06/18 11:33
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Tun Faisal Ismail AzizKetua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata bukan lagi rahsia ada pihak dalam PAS yang berhasrat menguasai PN sepenuhnya.

PETALING JAYA: Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa sikap ‘kuku besi’ dan usaha PAS menguasai sepenuhnya Perikatan Nasional (PN) semakin terserlah selepas pengguguran Radzi Jidin dan Azmin Ali daripada jawatan utama gabungan.

Ketua penerangan Bersatu berkata, langkah diumumkan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar malam tadi adalah sebahagian ‘permainan politik kotor’ PAS bertujuan melemahkan kedudukan partinya dalam struktur kepimpinan gabungan itu.

“Bukan lagi rahsia bahawa terdapat pihak dalam PAS yang berhasrat untuk menguasai PN sepenuhnya dan menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut. Hasrat ini telah beberapa kali dibayangkan oleh pemimpin tertentu.

“Kenyataan beberapa anggota Lajnah Undang-undang PAS serta jentera parti juga memberi gambaran ke arah itu, termasuk usaha menyulitkan pengeluaran watikah calon, memanfaatkan dominasi dalam majlis tertinggi untuk menekan Bersatu, serta mengetepikan peranan majlis presiden dalam proses membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di ibu pejabat PAS malam tadi, Samsuri umum khidmat Radzi sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin, timbalan setiausaha agung ditamatkan serta-merta menerusi penstrukturan semula pentadbiran gabungan bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tun Faisal berkata pengguguran Radzi dan Azmin turut mengubah keseimbangan undi dalam MT PN jika berlaku pengundian melibatkan parti komponen gabungan.

Katanya, sebelum ini PAS dan Bersatu masing-masing mempunyai enam wakil dalam MT PN, namun susunan baharu memberi kelebihan kepada PAS untuk memperoleh sokongan majoriti dengan bantuan Gerakan.

Tun Faisal turut mempersoalkan keperluan mengadakan mesyuarat tergempar MT PN bagi tujuan memperkukuh organisasi gabungan, sedangkan menurutnya sebelum ini kepimpinan PN tidak menunjukkan kesungguhan menangani konflik dalaman atau menggerakkan persiapan pilihan raya.

“Kasar permainan politik PAS ini. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan sikap autoritarian dan politik kotor PAS. Kalau bukan pendekatan ke‘Mullah’an dan ke‘Talibanan’, mungkin pegangan Machiavellian, yang mana matlamat menghalalkan cara,” dakwanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Bersatu kekal komited mempertahankan gabungan itu.

“Tapi, saya pun harap rakan-rakan dalam PAS juga boleh bantu hentikan kerakusan dan kegilaan ‘Kluster Publika’ ini dari dalam,” katanya.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.0608
$0.0608$0.0608
-0.32%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel