Onn Hafiz Ghazi berkata perkenan istana amat penting tentukan siapa terajui kerajaan Johor.Onn Hafiz Ghazi berkata perkenan istana amat penting tentukan siapa terajui kerajaan Johor.

‘Poster boy’ bukan jaminan jadi MB, kata Onn Hafiz

2026/06/18 10:41
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Onn Hafiz GhaziMB Johor Onn Hafiz Ghazi turut berkata, maklum balas daripada Istana Johor dan rakyat merupakan antara kayu ukur digunakan untuk lihat tahap prestasi kerajaan negeri. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Kedudukan sebagai ‘poster boy’ atau watak utama mewakili kempen sesebuah parti dalam pilihan raya bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai menteri besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan baharu.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, perkenan istana, khususnya Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail amat penting dalam menentukan siapa bakal menerajui kerajaan negeri.

“Sebagai menteri besar, saya akan dilihat sebagai ‘poster boy’, itu lumrah,” katanya dalam temu bual khas bersama pengamal media cetak dan portal berita di Saujana, kediaman rasminya semalam.

“Tapi kita jelas bahawa apa pun keadaan, yang akan menentukan siapa menteri besar ialah Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor. Perkenan Istana Johor sangat penting,”

Strategi ‘poster boy; yang kebiasaannya digunakan dalam setiap pilihan raya penting bagi membina dan menarik keyakinan pengundi untuk menyokong calon daripada parti bertanding.

Beliau turut berkongsi nasihat daripada Istana Johor untuk semua pihak menjaga adab dan tatatertib dalam tempoh berkempen.

Katanya, sikap saling menghormati penting untuk diamalkan walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik.

“Tak perlu maki hamun, mencaci. Jagalah adab tertib, itu Tuanku titah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz berkata, maklum balas daripada Istana Johor dan rakyat merupakan antara kayu ukur yang digunakan bagi melihat tahap prestasi mereka sepanjang empat tahun lepas.

“Untuk saya dan semua barisan exco, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri serta mereka bahawa maklum balas terhadap prestasi kerajaan perlu datang daripada dua pihak, bukan daripada saya semata-mata,” katanya.

“Apabila rakyat dan Istana menyatakan bahawa kami telah menjalankan tugas dengan baik, pada saya, ketika itulah kami boleh menganggap bahawa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan berjaya dicapai.

“Tapi kalau satu daripadanya, sama ada institusi diraja ataupun rakyat memberi maklum balas kami tidak menjalankan tugas dengan baik, pada saya, kita tidak melakukan tanggungjawab yang baik. Kita sentiasa peka terhadap maklum balas diberikan.”

PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala penamaan calon pada 27 Jun.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00003112
$0.00003112$0.00003112
+1.86%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel