Iskandar Samad berkata PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Bersatu pada pilihan raya.Iskandar Samad berkata PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Bersatu pada pilihan raya.

Pemimpin PAS yakin penyokong PN pilih parti itu jika lawan Bersatu

2026/06/17 19:00
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Iskandar SamadBendahari Agung PAS Iskandar Samad membangkitkan persoalan sama ada pendirian Muhyiddin Yassin menunjukkan Bersatu memasuki pilihan raya untuk mengalahkan partinya atau Pakatan Harapan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS yakin penyokong Perikatan Nasional (PN) akan memilih parti itu jika berlaku pertembungan dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Bercakap kepada FMT, Bendahari Agung PAS Iskandar Samad berkata mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan krisis gabungan itu menyaksikan parti berkenaan menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Ditanya tahap sokongan penyokong PN, Iskandar berkata: “Kita yakin mereka yang menyokong PN sebelum ini akan menyokong PAS jika bertembung dengan Bersatu pada sesuatu kerusi.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, parti itu bersedia menghadapi PAS di semua bahagian jika kedua-dua parti tidak lagi bekerjasama.

Iskandar turut membangkitkan persoalan sama ada pendirian Muhyiddin menunjukkan Bersatu memasuki pilihan raya untuk mengalahkan PAS atau Pakatan Harapan (PH).

“Nak kalahkan PAS atau PH? Apakah pendirian sebenar Bersatu?” soalnya sambil menyatakan keyakinan satu barisan pembangkang yang bersatu masih boleh dibentuk melalui PN.

“Lebih banyak parti akan menyertai PN seperti Pejuang dan Berjasa,” katanya.

Krisis dalaman PN bermula susulan isu peralihan jawatan menteri besar Perlis menyaksikan penamatan kerjasama dua parti itu dan kini melarat kepada usaha menyingkirkan Bersatu.

Minggu lalu, Presiden PAS Hadi Awang berkata partinya wajib memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana parti itu telah menjadi terlalu ghairah mengejar kuasa dan tidak mengutamakan perpaduan Melayu-Islam.

Hadi turut mengesahkan kedudukan Bersatu dalam PN akan dibincangkan pada mesyuarat PAS malam ini, namun menjelaskan penyingkiran parti turut bergantung keputusan suara majoriti anggota komponen.

Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai Gerakan serta MIPP.

Semalam, Muhyiddin berkata parti itu kekal dalam PN dan akan bertanding atas lambang berkenaan pada pada pilihan raya selain mengingatkan hal penyingkiran memerlukan konsensus, bukan hanya sepihak.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.0605
$0.0605$0.0605
-0.81%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel