Syaza Shukri berkata Onn Hafiz Ghazi perlu jawab kritikan politik berdasarkan rekod pentadbiran, bukan merujuk proses perkenan sultan dalam pelantikan kerajaanSyaza Shukri berkata Onn Hafiz Ghazi perlu jawab kritikan politik berdasarkan rekod pentadbiran, bukan merujuk proses perkenan sultan dalam pelantikan kerajaan

Jawab kritikan dengan rekod sendiri, kata penganalisis

2026/06/17 17:15
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Onn Hafiz GhaziOnn Hafiz Ghazi perlu beza institusi lain dengan mandat rakyat daripada undi, kata penganalisis Syaza Shukri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi perlu menjawab kritikan politik berdasarkan rekod pentadbiran dan mandat pilihan raya bukan mengheret institusi lain, kata penganalisis.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata Onn Hafiz perlu membezakan antara proses pelantikan kerajaan negeri yang mendapat perkenan Sultan Johor dan mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya.

“Dalam berkempen dan perbahasan politik, seeloknya pemimpin menjawab dalam kerangka politik dan pentadbiran.

“Perlu bezakan institusi lain dengan mandat rakyat daripada undi. Pengundi mahukan pemimpin berkelayakan atas kapasiti sendiri,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Onn Hafiz yang menjawab teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa rakyat Johor perlu memilih kepimpinan bijak, berprinsip, tidak sombong dan mampu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Onn Hafiz dalam hantaran media sosialnya berkata pelantikan menteri besar dan semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Johor dibuat atas perkenan Sultan Johor.

Mengulas lanjut, Syaza berkata, dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, perkenan Sultan sebahagian proses perlembagaan, namun mandat politik tetap dinilai melalui pilihan raya.

Katanya, rujukan kepada perkenan istana ketika menjawab kritikan terhadap kepimpinan politik boleh mengundang tafsiran tidak perlu, terutama menjelang PRN 11 Julai depan.

Isu itu timbul ketika Onn Hafiz turut dikritik susulan kenyataannya sebelum ini yang beliau lebih rela tidak menjadi menteri besar daripada mentadbir Johor bersama DAP.

Kenyataan itu mencetuskan perang mulut dengan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, sebelum kedua-duanya kemudian bertemu dan dilihat kekal profesional dalam satu program Kementerian Pengangkutan, Selasa lalu.

Syaza berkata kenyataan menolak kerjasama dengan DAP mungkin berkesan untuk menarik sokongan pengundi tegar Umno.

Namun, katanya, ia boleh menimbulkan kebimbangan jika Onn Hafiz mahu dilihat sebagai pemimpin negeri yang inklusif.

“Kalau dia ingin dilihat sebagai pemimpin negeri yang inklusif, sudah pasti kenyataan tidak mahu bekerjasama dengan DAP boleh menimbulkan kebimbangan dari segi profesionalisme,” katanya.

Azmi Hassan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kenyataan Onn Hafiz perlu dilihat dalam konteks politik Johor yang mempunyai sejarah tersendiri.

Katanya, realiti politik Johor sukar dipisahkan daripada hubungan antara istana, politik dan parti politik.

“Onn Hafiz mungkin tidak berniat mengaitkan istana dengan politik kepartian, tetapi sejarah pelantikannya sebagai menteri besar mungkin mempengaruhi cara beliau menjawab isu itu,” katanya.

Azmi berkata cabaran Onn Hafiz kini ialah mempertahankan rekod pentadbiran dan kepimpinannya sendiri, selain menunjukkan kemampuan bekerjasama secara profesional dengan Putrajaya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
+4.40%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel