Ketua penerangan PN mengingatkan parti komponen tidak bertindak unilateral selain kurangkan kenyataan media yang boleh melanggar tatatertib.Ketua penerangan PN mengingatkan parti komponen tidak bertindak unilateral selain kurangkan kenyataan media yang boleh melanggar tatatertib.

Bertenang urus kemelut PN, Bersatu diberitahu

2026/06/17 16:40
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
annuar musaKetua Penerangan PN Annuar Musa yakin notis mesyuarat majlis tertinggi gabungan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa meminta Bersatu bertenang dan tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung status kedudukan parti itu dalam gabungan.

Sambil mengingatkan semua pihak tidak ‘membuat kesimpulan awal’, Annuar berkata tindakan sedemikian tidak membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku, sebaliknya boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Proses seterusnya perlu diurus dengan cermat dan tidak terburu-buru kerana banyak aspek undang-undang perlu diteliti. Selain itu, kita perlu mengambil kira ahli anggota lain terutama MIPP dan Gerakan. PAS tak boleh buat sesuka hati.

“Justeru, elok jika dikurangkan kenyataan yang tidak membantu proses ini. Apatah lagi kenyataan yang melanggar garis tatatertib parti anggota kerana ia boleh menjurus kepada satu tindakan lain pula,” katanya di Facebook.

Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut mengingatkan Bersatu mengenai pengalaman parti itu sendiri dalam menguruskan disiplin ahli sebelum ini.

“Kita percaya Bersatu banyak pengalaman menghadapi situasi seperti ini sehingga terpaksa menggerakkan jawatankuasa disiplin, membicara, menggantung dan memecat ahlinya. Sebenarnya peruntukan yang ada dalam Perlembagaan PN tidak jauh bezanya daripada Perlembagaan Bersatu.

“Yang penting PAS atau Bersatu tidak boleh bertindak sendiri secara unilateral,” katanya yakin notis mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju gabungan itu secara tertib.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meneguhkan pendirian kekal dalam PN di sebalik kemelut dengan PAS, memberi alasan beliau yang memulakan PN, dan akan bertanding pada pilihan raya atas lambang gabungan itu.

Katanya, parti itu sedia untuk berlawan di semua bahagian dengan PAS yang baru-baru ini memutuskan hubungan dengan mereka.

Beliau turut mendakwa, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar belum memanggil mesyuarat bagi membincangkan persediaan pilihan raya, mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa mesyuarat sedemikian ‘kritikal’.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.06169
$0.06169$0.06169
+1.13%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel