Pakar komunikasi Zaharom Naim berkata agensi penerangan kerajaan perlu mengekalkan pendekatan diplomatik.Pakar komunikasi Zaharom Naim berkata agensi penerangan kerajaan perlu mengekalkan pendekatan diplomatik.

Selepas teguran menteri, pakar gesa J-Kom lebih profesional tangani kritikan

2026/06/17 09:00
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
JKOMJ-Kom perlu berperanan membina naratif nasional yang harmoni, kata Penganalisis Syahruddin Awang Ahmad.

PETALING JAYA: Pengurusan tertinggi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) digesa mengamalkan pendekatan lebih profesional dan diplomatik ketika berdepan kritikan, khususnya di media sosial.

Pakar komunikasi, Zaharom Naim, berkata agensi penerangan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha menjelaskan dasar kerajaan secara berhemah, dan bukannya terlibat dalam kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Katanya, pihak yang mengetuai agensi seperti J-Kom wajar bertindak secara matang dan rasional apabila berdepan provokasi atau kritikan awam.

“Tugas pihak yang mengetuai J-Kom ialah memperkukuh dasar baik kerajaan, bukan mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Kalau mahu mengkritik biarlah berdasarkan fakta dan tidak perlu sentuh latar belakang keluarga seseorang,” katanya kepada FMT.

Zaharom yang juga ketua Allianz Centre for Governance (ACFG) turut mengingatkan agensi berkenaan supaya tidak meniru budaya komunikasi luar yang terlalu agresif, terutama dalam mengurus publisiti dan tindak balas terhadap kritikan.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan Ketua Pengarah J-Kom Mohd Hisyamuddin Ghazali supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak dimanipulasi pihak tertentu.

Hisyamuddin dilantik menerajui J-Kom minggu lalu, menjadikannya individu keempat memegang jawatan itu sejak pentadbiran Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada November 2022.

Beliau dikritik selepas didakwa menggunakan gelaran berbaur perkauman terhadap dua pengkritik kerajaan.

Bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago turut menegur Hisyamuddin susulan gesaannya supaya rakyat Malaysia ‘memerhatikan komuniti Rohingya’.

Syahruddin Awang AhmadSyahruddin Awang Ahmad.

Penganalisis politik, Syahruddin Awang Ahmad pula berkata J-Kom sepatutnya berperanan membina naratif nasional yang harmoni.

“Apabila perhatian masyarakat beralih daripada kandungan dasar kepada kontroversi personaliti, jentera penerangan akhirnya terpaksa menggunakan sumber yang ada untuk mengurus krisis reputasi yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kritikan daripada pihak lawan atau masyarakat awam sepatutnya dilihat sebagai maklum balas untuk menambah baik penyampaian dasar,” kata ahli akademik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

시장 기회
커뮤니타스 로고
커뮤니타스 가격(KOM)
$0.0001458
$0.0001458$0.0001458
+0.29%
USD
커뮤니타스 (KOM) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel