Menteri komunikasi berkata Mohd Hisyamuddin Ghazali perlu pastikan kenyataannya tak dimanipulasi oleh pihak yang sengaja cari isu.Menteri komunikasi berkata Mohd Hisyamuddin Ghazali perlu pastikan kenyataannya tak dimanipulasi oleh pihak yang sengaja cari isu.

Hati-hati keluar kenyataan, Fahmi tegur ketua baharu J-Kom

2026/06/16 19:03
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
fahmi fadzil n Hisyamuddin GhazaliMenteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (kiri) puji Mohd Hisyamuddin Ghazali kerana pantas menangani sesuatu isu selepas seminggu dilantik sebagai ketua pengarah J-Kom.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegur Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Hisyamuddin Ghazali supaya lebih berhati-hati memberikan kenyataan supaya tidak dimanipulasi pihak tertentu.

Fahmi berkata Hisyamuddin perlu berhati-hati supaya kenyataannya tidak membuka ruang untuk dimanipulasi musuh dan pihak yang sengaja mencari isu.

“Saya kata kepada beliau (Hisyamuddin), tenaga dan dinamisme yang ditunjukkan itu sangat baik tapi dalam masa sama perlu berhati-hati untuk pastikan rakyat faham apa yang kita cuba sampaikan,” katanya yang dipetik Berita Harian sebagai berkata.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan turut memuji Hisyamuddin kerana pantas melihat dan menangani sesuatu isu yang disifatkan beliau sebagai perkara yang sangat ‘fresh’ dan berbeza daripada pengurusan sebelum ini.

Hisyamuddin dilantik ketua J-Kom minggu lalu, sekali gus menjadi individu keempat menerajui jabatan itu sejak pentadbiran Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada November 2022.

Beliau menerima kritikan selepas didakwa menggunakan gelaran berbaur perkauman terhadap dua pengkritik kerajaan, iaitu ahli perniagaan Albert Tei dan pempengaruh media sosial Eric See-To, dalam satu hantaran di media sosial.

Bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago, turut menegur Hisyamuddin susulan gesaannya supaya rakyat Malaysia ‘memerhatikan komuniti Rohingya’.

시장 기회
커뮤니타스 로고
커뮤니타스 가격(KOM)
$0.00014414
$0.00014414$0.00014414
+3.75%
USD
커뮤니타스 (KOM) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel