Fakhrudin Abd Karim bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan hampir dua jam di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.Fakhrudin Abd Karim bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan hampir dua jam di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

Bekas pegawai NGO Ikram didakwa salah guna kedudukan untuk suapan lebih RM98 juta

2026/06/16 12:21
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Tertuduh, Fakhrudin Abd Karim, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98.27 juta.

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai NGO Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hulu Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98.27 juta.

Tertuduh, Fakhrudin Abd Karim, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan hampir dua jam di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-149, dia didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu anggota Ikram yang ditugaskan sebagai penandatangan yang diberi kuasa kepada akaun Maybank Islamic Cawangan Bukit Bintang, milik NGO itu telah menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM81.95 juta bagi sekutu tertuduh iaitu sebuah syarikat pengurusan.

Ia dengan mengambil tindakan mengarahkan 149 transaksi pemindahan dana milik NGO itu ke akaun Maybank Islamic Cawangan Dataran Maybank milik syarikat yang tertuduh mempunyai kepentingan.

Pertuduhan ke-150 hingga ke-158, Fakhrudin didakwa atas pertuduhan sama dengan mengambil tindakan mengarahkan sembilan transaksi pemindahan dana milik NGO itu ke dua akaun bank miliknya sendiri, berjumlah RM16.32 juta menerusi akaun Maybank Islamic Cawangan Bukit Bintang dan Maybank Islamic Cawangan Bangsar Baru.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan Hulu Selangor, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung, Rawang antara 6 Januari 2021 hingga 6 Ogos 2025.

Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM1 juta minimum serta syarat lain.

Peguam N Sivananthan yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga dan 10 anak selain berdepan pembekuan akaun peribadi, serta aset syarikat.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM500,000 dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan bersama syarat tambahan dicadangkan pendakwaan termasuk serahan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Ogos ini.

시장 기회
툰 에프엠 로고
툰 에프엠 가격(JAM)
$0.0000098
$0.0000098$0.0000098
-0.60%
USD
툰 에프엠 (JAM) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel