Mangsa yang menunggang motosikal ke tempat kerja membunyikan hon kepada seorang lelaki kerana dipercayai menghalang laluan di Lebuhraya Persekutuan.Mangsa yang menunggang motosikal ke tempat kerja membunyikan hon kepada seorang lelaki kerana dipercayai menghalang laluan di Lebuhraya Persekutuan.

Lelaki ditetak kerana hon minta laluan

2026/06/11 18:27
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Video tular memaparkan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi laluan motor Lebuhraya Persekutuan dengan kelihatan seorang lagi lelaki lain sedang mengacu pisau pemotong daging ke arahnya.

SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan lengan, selepas ditetak dengan pisau pemotong daging di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan mengahala Kuala Lumpur, berdekatan Seksyen 13, pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Sarudin Samah, berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa warga tempatan berusia 45 tahun yang menunggang motosikal ke tempat kerja di ibu kota, membunyikan hon kepada seorang lelaki kerana dipercayai menghalang laluan.

“Suspek lelaki tempatan berumur 43 tahun yang juga menunggang motosikal, dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa kerana membunyikan hon.

“Akibat daripada itu, suspek berhenti di tepi jalan dan kemudian menetak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” katanya dalam kenyataan.

Sarudin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi laluan motor Lebuhraya Persekutuan dengan kelihatan seorang lagi lelaki lain sedang mengacu pisau pemotong daging ke arahnya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel