Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan presiden Rusia semasa perbincangan di Kazan ketika lawatan ke negara itu baru-baru ini.Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan presiden Rusia semasa perbincangan di Kazan ketika lawatan ke negara itu baru-baru ini.

Putin jamin bekal minyak, gas kepada Malaysia untuk 20 tahun, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan kepada Malaysia mengenai perjanjian jangka panjang bagi bekalan minyak, gas dan diesel. (Gambar AFP)

KEPALA BATAS: Kerjasama strategik dengan Rusia dan Turkmenistan bakal memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara untuk tempoh yang lama, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Presiden Rusia Vladimir Putin telah memberikan jaminan terhadap perjanjian jangka panjang bagi pembekalan minyak, gas dan diesel kepada Malaysia untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.

“Perkara itu disampaikan presiden Rusia semasa perbincangan di Kazan ketika lawatan saya ke negara berkenaan baru-baru ini. Ia mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh serta persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Setia Fontaines Industrial Park, di sini, hari ini.

Anwar berkata, lawatan rasmi ke Turkmenistan baru-baru ini pula membawa perkembangan lebih besar apabila negara Asia Tengah itu meluluskan akses baharu kepada Malaysia dalam sektor minyak dan gas.

Beliau berkata, perkembangan itu membuka peluang kepada Malaysia untuk memperoleh akses kepada antara simpanan gas terbesar di dunia, sekali gus menjamin keperluan tenaga negara untuk tempoh jangka panjang.

“Malaysia memperoleh akses kepada simpanan gas yang antara terbesar di dunia. Maknanya keperluan kita terjamin, insya-Allah, untuk puluhan tahun.

“Kita juga boleh menggunakannya untuk meningkatkan eksport ke negara rakan terutama China, Jepun dan Korea yang mempunyai keperluan tenaga tinggi,” katanya.

Perdana menteri berkata, persetujuan yang dicapai itu merupakan hasil hubungan baik serta rundingan antara Malaysia dengan Turkmenistan sejak lawatan Presiden Serdar Berdimuhamedov ke Malaysia pada Disember 2024.

Dalam pada itu, Anwar berkata hubungan antarabangsa perlu dimanfaatkan untuk melindungi kepentingan negara serta menjamin bekalan tenaga, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi rakyat.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,0000293
$0,0000293$0,0000293
+0,10%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order