Nor Zulaila Ghani merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, manakala Lee Wern Yiing adalah ketua Pemuda DAP Johor.Nor Zulaila Ghani merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, manakala Lee Wern Yiing adalah ketua Pemuda DAP Johor.

DAP umum Nor Zulaila tanding Tiram, Lee di Johor Jaya

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Nor Zulaila Abd Ghani and Lee Wern YiingNor Zulaila Ghani (kiri) pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018, manakala Lee Wern Yiing merupakan pegawai khas kepada penyandang DUN Johor Jaya.

PETALING JAYA: DAP mengumumkan Nor Zulaila Abd Ghani dan Lee Wern Yiing sebagai calon Pakatan Harapan (PH) masing-masing di Tiram dan Johor Jaya, pada PRN Johor 11 Julai ini.

Nor Zulaila pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018 dan mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pembangunan komuniti serta pentadbiran kerajaan.

Anak jati Muar itu kini bekerja sebagai setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Ahli Parlimen Bangi, penyelaras parlimen bagi Semenyih, dan pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang.

Pencalonan Nor Zulaila diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di Plentong, Johor Bahru, lapor Sinar Harian.

Tiram antara DUN dalam Parlimen Tebrau dipegang PKR.

Calon Barisan Nasional (BN), Azizul Bachok menang kerusi itu dengan majoriti 5,281 undi pada PRN 2022, menewaskan enam calon lain termasuk S Gopalakrishnan daripada PKR, yang mewakili PH.

Sebelum ini, Ketua DAP Johor Teo Nie Ching menyatakan parti itu merancang meletakkan penyandang DUN Skudai, Marina Ibrahim di Tiram.

Teo mendedahkan perkara itu selepas Marina, yang berkhidmat selama sepenggal sebagai Adun mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Skudai dan memutuskan berundur daripada dunia politik.

Hari ini, Loke turut mengumumkan Lee, yang merupakan ketua Pemuda DAP Johor akan dicalon mempertahankan Johor Jaya.

Lee ialah pegawai khas kepada penyandang DUN, Liow Cai Tung, yang menang kerusi berkenaan selama tiga penggal sejak 2013.

Liow mempertahankan kerusi itu pada PRN 2022 dengan majoriti 1,922 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang calon BN, Perikatan Nasional (PN), dan Warisan.

Market Opportunity
Love Earn Enjoy Logo
Love Earn Enjoy Price(LEE)
$1
$1$1
0.00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order