Jawatankuasa Pusat beri mandat kepada Presiden P Punithan meneruskan perbincangan hala tuju politik dan libat urus sesuai kepentingan parti.Jawatankuasa Pusat beri mandat kepada Presiden P Punithan meneruskan perbincangan hala tuju politik dan libat urus sesuai kepentingan parti.

MIPP putus hala tuju lepas mesyuarat MT PN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MIPP kenal pasti empat kerusi di Johor dan tiga di Negeri Sembilan untuk ditandingi pada PRN akan datang. (Gambar MIPP)

PETALING JAYA: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) hanya akan membuat keputusan hala tuju politiknya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung N Sathes Kumar.

Sathes berkata, Jawatankuasa Pusat parti yang mengadakan mesyuarat semalam di Negeri Sembilan juga telah membincangkan perkembangan landskap politik, termasuk pelbagai bentuk penglibatan serta perbincangan dengan ‘beberapa parti politik’ sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Jawatankuasa Pusat MIPP telah memberikan mandat penuh kepada Presiden MIPP (P Punithan) untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan dan libat urus serta hala tuju politik yang difikirkan sesuai demi kepentingan parti serta masyarakat India,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Punithan berkata, MIPP hanya akan memuktamadkan hala tuju politiknya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu.

PAS, Pakatan Harapan (PH), dan Barisan Nasional (BN) masing-masing telah membuat pelawaan kepada MIPP di tengah-tengah pergolakan dalam PN selepas PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu.

MIPP menjadi parti komponen berasaskan kaum India pertama dalam PN pada April 2024, dengan Punithan dilantik timbalan pengerusi PN. Parti itu tidak memegang sebarang kerusi Parlimen mahupun DUN.

Dalam pada itu, Sathes berkata MIPP sudah mengenal pasti empat kerusi yang mahu ditandinginya di Johor dan tiga di Negeri Sembilan pada PRN akan datang.

“Jentera pilihan raya MIPP di Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka juga telah digerakkan sepenuhnya dan kini giat menjalankan pelbagai program mendekati rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Sathes berkata, MIPP percaya kestabilan politik, perpaduan rakyat serta pembangunan ekonomi negara hendaklah sentiasa menjadi keutamaan semua pihak.

“Parti akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat India dan rakyat Malaysia pada amnya.”

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05612
$0.05612$0.05612
-1.24%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel