Kementerian Kewangan berkata ada beberapa syarat belum dipenuhi Yayasan Pendidikan TARC, termasuk pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma.Kementerian Kewangan berkata ada beberapa syarat belum dipenuhi Yayasan Pendidikan TARC, termasuk pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma.

Kerajaan tak mungkir janji kecuali cukai Yayasan Pendidikan TARC, kata MoF

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MOFKementerian Kewangan berkata kerajaan memberi lanjutan tiga tahun bagi memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC tertakluk kepada pematuhan syarat di bawah undang-undang percukaian, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Katanya, selaras pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, mulai 27 Nov 2025, kelulusan pengecualian cukai bagi institusi, organisasi atau tabung kebajikan yang layak boleh diberikan bagi tempoh maksimum 10 tahun di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Namun, kelulusan tersebut bukan secara automatik, tetapi tertakluk kepada pematuhan syarat di bawah undang-undang percukaian.

“Kerajaan menghargai dan mengiktiraf peranan Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan sambil menjelaskan dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC tidak benar.

Menurutnya, semakan terhadap permohonan Yayasan Pendidikan TARC untuk melanjutkan pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) selepas kelulusan sedia ada tamat pada 2025 mendapati ada beberapa syarat belum dipenuhi, termasuk pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma yang perlu diperbaiki.

“Mengambil kira peranan penting Yayasan Pendidikan TARC dalam sektor pendidikan, kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan memberi lanjutan pengecualian cukai sementara secara interim selama tiga tahun.

“Tempoh lanjutan ini memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan.”

Katanya, kementerian bersedia membantu memudah cara Yayasan Pendidikan TARC dalam usaha penambahbaikannya.

“Sekiranya semua syarat dipenuhi, Yayasan Pendidikan TARC layak mendapat kelulusan pengecualian cukai bagi tempoh penuh 10 tahun, selaras pengumuman kerajaan.

“Justeru, isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan. Kerajaan kekal komited terhadap sokongan kepada pendidikan, termasuk peranan Yayasan Pendidikan TARC, namun semua kelulusan cukai mesti dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tatakelola yang baik.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002605
$0.00002605$0.00002605
-6.73%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs