Tinggal lima hari sebelum pengundian, calon PH Tee Boon Tsong gesa penyokong di luar Johor pulang mengundi.Tinggal lima hari sebelum pengundian, calon PH Tee Boon Tsong gesa penyokong di luar Johor pulang mengundi.

Calon PH bimbang jumlah keluar mengundi rendah di Perling

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Alan Tee Boon TsongCalon PH di Perling, Tee Boon Tsong, berkata ramai pengundi yang bekerja di luar Johor, khususnya di Singapura dan Kuala Lumpur, beritahu mereka tidak pulang untuk mengundi.

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Tee Boon Tsong, bimbang peratusan keluar mengundi yang rendah, khususnya dalam kalangan pengundi Cina, boleh menjejaskan peluang gabungan itu untuk mempertahankan kerusi DUN Perling dalam PRN Johor.

Tee berkata maklum balas yang dikumpul sepanjang kempen menunjukkan bahawa sebahagian penyokong tidak mahu pulang untuk mengundi kerana menganggap PRN Johor kurang penting berbanding PRU.

“Saya baru sahaja pulang daripada aktiviti turun padang, dan ada yang memberitahu mereka tidak bercadang untuk mengundi kerana ini hanya PRN, bukan PRU.

“Majoriti penyokong PH di sini ialah pengundi Cina. Ramai antara mereka tidak mengambil serius pilihan raya ini, jadi peratusan keluar mengundi boleh menjadi sangat rendah,”katanya kepada FMT

Perling merupakan antara kawasan campuran di Johor, dengan pengundi Cina membentuk kira-kira 46.9% daripada jumlah pengundi, Melayu 37%, dan India sekitar 13.3%.

Tee turut berkata ramai pengundi yang bekerja di luar Johor, khususnya di Singapura dan Kuala Lumpur, memberitahu bahawa mereka tidak akan pulang untuk mengundi.

Jesteru, beliau menggesa pengundi supaya menunaikan hak demokrasi mereka dan pulang ke Perling pada hari pengundian.

“Kita masih ada lima hari. Saya harap semua boleh pulang untuk mengundi. Ini adalah hak anda untuk memilih kerajaan yang anda percaya paling baik untuk anda,” katanya.

Perling diwakili oleh PH sejak 2018, apabila ia dimenangi oleh Cheo Yee How daripada DAP dengan majoriti 19,533 undi.

Pada 2022, wakil PH, Liew Chin Tong, juga daripada DAP, mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,347 undi menewaskan Tan Hiang Kee daripada Barisan Nasional (BN).

Tee akan berdepan calon BN, P Pannir Selvam, dan calon Bersama, Boo Wei Han, dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi tersebut.

Beliau berkata isu ekonomi kekal sebagai kebimbangan utama yang dibangkitkan pengundi sepanjang kempen.

“Ramai orang mendengar tentang pelaburan yang masuk ke Johor tetapi mereka tidak merasainya. Apa yang mereka rasa ialah kos sara hidup yang meningkat dan harga yang semakin naik, dan itu menyukarkan kehidupan mereka,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs