Kejadian berlaku ketika dia sedang membuka pintu pagar rumahnya di Taman Temara, Ipoh, petang tadi.Kejadian berlaku ketika dia sedang membuka pintu pagar rumahnya di Taman Temara, Ipoh, petang tadi.

Wanita cedera kaki tersepit bawah kereta bergerak sendiri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Beberapa anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa. (Gambar JBPM)

IPOH: Seorang wanita cedera selepas kakinya tersepit di bawah kereta yang dipercayai bergerak secara tiba-tiba, ketika mangsa sedang membuka pintu pagar rumahnya di Dataran Pengkalan Barat 2, Taman Temara, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.39 petang, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada 3.43 petang dan mendapati seorang wanita tempatan berusia 38 tahun tersepit pada bahagian kaki, di bawah sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang membuka pintu pagar rumah ketika kenderaan yang enjinnya telah dihidupkan bergerak secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa terjatuh sebelum tersepit di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata orang awam yang berada di lokasi cuba mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya.

Beliau berkata ketua operasi kemudian menjalankan penilaian awal di lokasi mengikut konsep ‘SAVER’, sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengangkat kenderaan serta mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan pada bahagian kaki, sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.16 petang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs