Pemuda DAP Sarawak, George Lam mencadangkan kadar lebih baik untuk pemegang MyKad dengan abjad ‘K’.Pemuda DAP Sarawak, George Lam mencadangkan kadar lebih baik untuk pemegang MyKad dengan abjad ‘K’.

Perkenal tambang khas AirBorneo untuk rakyat Sarawak, kata Pemuda DAP negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
AirBorneoGeorge Lam mencadangkan AirBorneo membenarkan penumpang memilih sama ada mahu mendaftar masuk bagasi, memilih tempat duduk serta perkhidmatan lain. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda DAP Sarawak mencadangkan supaya syarikat penerbangan negeri AirBorneo memperkenalkan kadar khas untuk pemegang MyKad berabjad “K” Sarawak.

Borneo Post melaporkan, Setiausaha Pemuda DAP Sarawak George Lam berkata, inisiatif itu akan memastikan orang Sarawak benar-benar dapat merasai manfaat daripada syarikat penerbangan milik negeri sendiri.

Cadangannya itu susulan AirBorneo mengumumkan kadar promosi untuk laluan baharu Kuching-Kuala Lumpur, dengan tiket kelas ekonomi sehala berharga RM375 di bawah kempen “Sarawakku Sayang”.

Walaupun mengiktiraf kadar berkenaan merangkumi daftar masuk bagasi, pemilihan kerusi dan makanan dalam penerbangan, Lam berkata ramai orang Sarawak kecewa dengan harga diumumkan.

Beliau mencadangkan syarikat penerbangan itu membenarkan penumpang memilih sama ada memerlukan bagasi didaftar masuk, atau untuk memilih tempat duduk serta perkhidmatan lain.

Lam berkata, laluan Kuching-Kuala Lumpur secara utamanya digunakan orang Sarawak untuk tujuan perniagaan atau perjalanan jangka pendek, dan selalunya tidak memerlukan peruntukan bagasi besar atau untuk memilih tempat duduk.

“Saya cadangkan supaya AirBorneo memperkenalkan kadar tambang lebih fleksibel seterusnya mengurangkan keseluruhan kos penerbangan,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000265
$0.0000265$0.0000265
-0.52%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs