Penambahbaikan dipersetujui selepas beberapa sesi libat urus bersama rakyat, peniaga kecil, pemegang taruh dan agensi pelaksana, kata Kementerian Kewangan.Penambahbaikan dipersetujui selepas beberapa sesi libat urus bersama rakyat, peniaga kecil, pemegang taruh dan agensi pelaksana, kata Kementerian Kewangan.

BUDI Diesel: Fi tukar hak milik dikecualikan, subsidi boleh dipindah kepada pengguna sebenar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
DIESELAkses awal BUDI Diesel akan bermula esok di Semenanjung, dengan diesel bersubsidi dijual pada harga RM2.15 seliter menggunakan pengesahan MyKad di stesen minyak yang mengambil bahagian, sebelum pelaksanaan penuh di seluruh negara mulai 1 Julai.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI Diesel bagi memudahkan peralihan menjelang akses awal program itu di Semenanjung Malaysia mulai esok

Kementerian Kewangan memaklumkan, penambahbaikan itu dipersetujui selepas kerajaan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama rakyat, peniaga kecil, pemegang taruh dan agensi pelaksana susulan pengumuman pelaksanaan BUDI Diesel pada 22 Jun lepas.

Antara penambahbaikan utama termasuk pelaksanaan Program Insentif Pengecualian Sementara Fi Tukar Hak Milik (THM) Kenderaan Diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai, kelayakan subsidi boleh dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan serta peluasan BUDI Diesel kepada pikap dan jip persendirian milik syarikat.

“Peralihan kepada BUDI Diesel adalah untuk memastikan subsidi diesel sampai kepada rakyat Malaysia yang layak, di samping menutup ruang ketirisan yang telah merugikan negara berbilion ringgit setiap tahun.

“Setelah mendengar maklum balas dan rayuan rakyat, kerajaan Madani bersetuju melaksanakan penambahbaikan ini bagi melancarkan pelaksanaan BUDI Diesel,” kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai pengecualian sementara fi THM yang boleh mencecah hingga RM100, kementerian berkata, pihaknya mengambil kira pelaksanaan BUDI Diesel yang menggunakan data pemilikan kenderaan dan cukai jalan aktif sebagai antara kriteria kelayakan.

Langkah itu memberikan ruang kepada pemilik serta pengguna sebenar kenderaan diesel memastikan maklumat pemilikan kenderaan teratur dan selaras dengan penggunaan sebenar.

Bagi memudahkan urusan rakyat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter perkhidmatan pada hujung minggu dari 4 hingga 26 Julai ini, bermula 8 pagi hingga 5 petang di semua pejabat JPJ negeri dan pejabat JPJ UTC negeri bagi urusan berkaitan permohonan BUDI Diesel.

Kementerian Kewangan turut membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga terdekat, yang merupakan pengguna sebenar kenderaan, tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang akan ditetapkan.

Mekanisme pemindahan kelayakan itu akan diumumkan menerusi saluran rasmi BUDI MADANI selepas perincian teknikal dimuktamadkan.

Selain itu, Jemaah Menteri turut bersetuju memperluas BUDI Diesel kepada kenderaan persendirian milik syarikat bagi jenis badan pikap dan jip selepas mengambil kira maklum balas peniaga kecil serta pengguna yang menggunakan kenderaan diesel untuk urusan kerja harian.

Peluasan itu dijangka memberikan manfaat kepada pengguna yang menggunakan pikap dan jip diesel untuk perniagaan kecil, perjalanan harian serta aktiviti di kawasan luar bandar dan pedalaman, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Akses awal BUDI Diesel akan bermula esok di Semenanjung Malaysia, menyaksikan diesel bersubsidi dijual pada harga RM2.15 seliter menggunakan pengesahan MyKad di stesen minyak yang mengambil bahagian, manakala pelaksanaan penuh bermula pada 1 Julai di seluruh negara, dengan harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter kepada rakyat Malaysia yang layak.

Selain itu, penerima sedia ada BUDI Diesel Individu yang telah menerima bantuan tunai RM400 pada awal bulan ini turut boleh membeli diesel pada harga bersubsidi melalui pengesahan MyKad sepanjang tempoh akses awal.

Pada masa yang sama, lebih ramai pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung yang sebelum ini tidak menerima bantuan tunai BUDI Diesel Individu akan mendapat akses kepada diesel bersubsidi menerusi mekanisme baharu itu.

Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh menyemak status kelayakan dan had kelayakan bulanan melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my. Pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak juga boleh membuat permohonan tambahan 100 liter sebulan melalui portal yang sama.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan akses awal BUDI Diesel serta meneliti maklum balas rakyat bagi memastikan peralihan kepada mekanisme subsidi diesel bersasar berjalan lancar dan manfaat subsidi sampai kepada rakyat Malaysia yang layak,” menurut Kementerian Kewangan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002511
$0.00002511$0.00002511
-4.77%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order