Tidak pernah ada satu pasukan berdepan situasi seumpama Iran di Piala Dunia.Tidak pernah ada satu pasukan berdepan situasi seumpama Iran di Piala Dunia.

Iran di Piala Dunia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Barangkali pasukan bola sepak yang paling tertindas dan teraniaya di Piala Dunia adalah Iran. Dalam perlawanan Kumpulan G, Iran yang seri 2-2 dengan pasukan New Zealand tiba di Amerika Syarikat untuk perlawanan tersebut, lantas perlu juga keluar dari AS ke Mexico sebaik sahaja ia tamat.

Jadual penerbangan pasukan ini juga diawalkan sebaik perlawanan dengan New Zealand tamat, mengakibatkan pemain bola dalam pasukan itu tidak berkesempatan untuk melepaskan lelah mereka. Campur tolak penerbangan dan renyah imigresen, pasukan ini membazir masa lima jam dalam kepenatan, pergi dan balik. Penafian dan tekanan yang dikenakan oleh hos itu menjadikan hasil seri dua sama dengan New Zealand itu sesuatu yang tentu manis. Permainan Iran seterusnya dengan pasukan Belgium dan Mesir.

Di pangkalan mereka di Tijuana, Mexico, Iran sering menjadi tumpuan membuatkan pemain kehilangan ketenangan malah terdapat lebih 200 orang anggota polis dan tentera ditempatkan untuk mengawal keamanan dan keselamatan mereka. Itu semua nampaknya tidak menjejaskan mutu permainan ketika berdepan New Zealand.

Tidak pernah ada satu pasukan berdepan situasi seumpama Iran di Piala Dunia. Dalam perlawanan dengan New Zealand itu misalnya, Iran disorak-sorai oleh penyokong sendiri, iaitu daripada diaspora Iran yang kini pro-Barat (baca: imperialisme). Terdapat aktivis dalam kalangan diaspora ini bahkan mendesak Fifa menggantung Iran dengan menghujahkan pasukan bola negara itu alat propaganda Republik Islam Iran, selain pemomokan konon Iran membunuh puluh ribu rakyat sendiri awal tahun ini sebagai satu bentuk tekanan atas bantahan terhadap keadaan ekonomi dan inflasi yang memburuk.

Mereka membawa sama bendera Iran di era monarki di mana lambang Singa Parsi dan mentari dikibarkan sambil mengejek bendera Republik Islam Iran yang terdapat calitan kalimah Allah. Untuk merendahkan kehormatan dan juga moral pemain, aktivis dari kalangan diaspora tercela ini membuat bising dalam stadium dan menghina lagu kebangsaan Iran seraya membelakangi padang. Mereka hadir bukan untuk menikmati permainan, tetapi untuk berkelakuan jelek.

Di tengah-tengah ketegangan itu, pasukan bola ini juga perlu mengimbangi suasana geopolitik yang tidak menentu. AS sedang nampaknya mengakui kekalahan mereka dalam Perang Ramadan 2026. Ketika bulan puasa yang lalu, Amerika galak mengebom Iran. Bukan sahaja membunuh kanak-kanak sekolah di Minab dan seluruh Iran, AS juga memusnahkan pelbagai kemudahan awam Iran termasuklah stadium bola sepak negara itu di Tehran. Hari ini Iran bermain di stadium Amerika. Pasukan bola Iran juga bermain di tengah sakit hati Donald Trump dan tuannya, Netanyahu Si Zionis di Tel Aviv; di mana kedua-duanya terpaksa akur akan kekalahan.

AS akan mencairkan USD24 bilion aset beku Iran selama ini. AS juga dipaksa membayar USD300 bilion dana pembangunan semula Iran setelah kerosakan yang berlaku, mengangkat sekatan ekonomi selama 47 tahun, dan semua itu satu keperluan untuk membuka Selat Hormuz yang kini di bawah kawalan sah Iran dan Oman. AS bahkan dipandang enteng oleh banyak pihak, khusus sekutunya di Eropah.

Lebih mendebarkan adalah Iran bermain tepat-tepat di hari pertama Muharram, sebuah bulan yang bukan sahaja suci kudus untuk penganut Syiah, tetapi menjadi simbol perlawanan yang tiada tara bandingnya. Pada 2016, dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Korea Selatan di Iran, juga tepat ketika bulan Muharam, Ayatullah Ali Movahedi-Kermani menggerakkan 100 ribu peminat bola di Tehran untuk melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu mengenakan pakaian perkabungan berwarna hitam, dan bukannya bertepuk tangan ketika gol dijaringkan sebaliknya melaungkan Ya Hussein. Untuk mengimbangi dan menghormati kesedihan tersebut, pasukan Korea Selatan sendiri ikut mengenakan reben hitam.

Muharam bulan di mana cucu Rasulullah, Hussein, yang merupakan salah seorang imam dalam ajaran Syiah selepas Nabi Muhammad dibunuh dengan kejam oleh pasukan Yazid bin Muawiyah pada tahun 680 Masehi. Tragedi tersebut diingati oleh masyarakat Syiah seluruh dunia sebagai satu perlawanan antara mereka yang tertindas bangkit menentang kuasa imperialis.

Muharam ini juga luar biasa untuk pasukan bola Iran memandangkan, pemimpin spiritual dan politik tertinggi masyarakat Syiah di seluruh dunia iaitu Ayatullah Ali Khamenei kini bergelar as-syahid. Kedukaan itu pasti terasa. Ali Khamenei menghabiskan hayatnya untuk menjadikan Karbala bukan sekadar satu insiden bersejarah yang dikenang penuh emosi, tetapi memastikan Karbala menjadi jalan dan realiti sebenar untuk mengalahkan musuh. Di mana darah akan mengalahkan pedang. Ternyata apa yang berlaku dengan pembunuhan Ayatullah Khamenei pada Ramadan lalu telah menjadikan Iran bertambah kuat, dan kini darah Khamenei mengalahkan bom AS dan keangkuhan Rumah Putih. Bukan itu sahaja Israel kini menjadi kebencian seluruh dunia kecuali segelintir zionis. Justeru dapat dihujahkan. Imam Ali Khamenei telah pun menang meski terkorban.

Ali Khamenei dilapor akan disemadikan di Maqam Imam Reza di Mashhad, Iran pada 9 Julai depan selepas beberapa siri upacara penghormatan terakhir dan perarakan jenazah yang berlangsung di Tehran serta Qom. Semua ini bakal menjadikan perlawanan bola antara pasukan Iran dengan kumpulan mana pun kelak satu yang menarik untuk diperhatikan.

Jika Iran kalah di Piala Dunia dalam peringkat apa pun, mereka tetap beroleh tabik hormat yang langka; dan jika mara ke tahap seterusnya pun Iran akan tetap menjadi pujaan dan dambaan serta salut ramai. Kalah menang dihormati bukanlah satu peluang yang selalu diraih.

Di Piala Dunia ini, pasukan bola Iran bukan sahaja bermain demi Mikaeil Mirdoraghi, kanak-kanak lelaki tembun yang dibunuh dengan bom celaka AS, atau demi Minab 168 (sekolah kanak-kanak yang dimusnahkan dengan dua ledakan bom hidrogen sialan AS), tetapi demi 38 juta warga dunia yang dibunuh AS antara tahun 1971 sehingga 2022. Iran bermain di AS yang menjadi kebencian dunia.

Apa pun pencapaian Iran di AS, negara hos itu telah gagal dan kehilangan maruah. Manakala bendera Iran pula kekal berkibar di mana-mana, hatta di dalam stadium bola sepak di AS. Bendera yang berkibar itu pula ada lorekan nama Allah. Itu benar-benar pencapaian luar biasa mengatasi musuh.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1646
$0.1646$0.1646
-3.96%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel